
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 6hb Januari 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah membuat sumbangan hamper kepada SMK Bercham bagi sebuah acara sekolah yang bakal diadakan oleh pihak sekolah.
Sumbangan hamper sebanyak 10 unit itu telah diserahkan oleh Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman kepada wakil pihak sekolah.
Sebagai pengusaha operasi Kantin Sekolah SMK Bercham, KOPUBI Perak Bhd telah mengambil peranan dan tanggungjawab untuk bersama pihak sekolah di dalam aktiviti yang dianjurkan termasuklah memberi khidmat masyarakat yang diperlukan termasuk sumbangan CSR.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Operasi Kantin SMK Bercham
Sumbangan tersebut walaupun tidak besar namun dapat meringankan beban pihak sekolah disamping dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak.
Untuk makluman semua, KOPUBI Perak Bhd telah mengembangkan perniagaannya dengan menerima tawaran menyuruskan kantin SMK Bercham melalui tender bagi tempoh 2 tahun.
Perkara ini merupakan satu perkembangan positif dan sangat bermakna bagi KOPUBI Perak Bhd kerana berpeluang mengembangkan aktiviti perniagaan di dalam sektor yang memberikan pulangan keuntungan yang konsisten dan tetap.
Kini secara rasminya pihak KOPUBI Perak Bhd akan menguruskan perkhidmatan kantin sekolah ini dan dijangka akan dapat memberi impak ekonomi kepada anggota KOPUBI Perak Bhd dan akan menjana pendapatan yang berterusan di dalam tempoh dua tahun akan datang ini.

Ini adalah sesuatu kejayaan yang amat membanggakan dan menjadi satu batu loncatan kepada KOPUBI Perak Bhd utk terus maju sebagai salah sebuah koperasi yang berdaya saing di Negeri Perak ini.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
KOMEN TERKINI