PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 2020

INFO: PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 2020

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mewujudkan satu inisiatif pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal iaitu Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur.

Matlamat utama skim pembiayaan ini ialah untuk memberi dan mewujudkan peluang perniagaan dan menyediakan bantuan modal kepada kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan COVID-19 serta arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelaksanaan skim pembiayaan ini dilakukan oleh TEKUN Nasional selaku agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Baca Lanjut

ELEWSMART ‘DISERBU’ PEMBELI

TERKINI: ELEWSMART ‘DISERBU’ PEMBELI

KUALA LUMPUR: Hari pertama pembukaan pasar raya Elewsmart milik pendakwah terkenal Ebit Lew mendapat sokongan luar biasa dari pembeli.

Berdasarkan perkongsian video di Instagram rasmi Ebit Lew, orang ramai beratur panjang lebih dua kilometer untuk memasuki pasar raya berkenaan yang membuka cawangan pertamanya di Bandar Baru Bangi.

Walaupun cuaca panas, ia tidak menghalang orang ramai beratur untuk melihat sendiri tawaran pasar raya berkenaan yang sebelum ini dilaporkan akan menjual barangan pada harga rendah bagi membantu golongan yang memerlukan.

Baca Lanjut

CARA PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP)

CARA PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP)

Geran Usahawan Perak (GeRUP) merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk membantu PKS Bumiputera di Negeri Perak memulakan semula perniagaan masing-masing selepas mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Perak yang terjejas susulan penularan wabak COVID-19 boleh memohon Geran Prihatin PKS Perak (GERUP) secara dalam talian mulai hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata permohonan geran berbentuk “one off” dengan jumlah maksimum RM3,000 itu boleh dibuat sehingga 30 Julai ini menerusi pautan gerup.smecorp.gov.my.

Baca Lanjut

KEMPEN E-DAGANG PERUSAHAAN MIKRO DAN PKS PENJANA

INFO: KEMPEN E-DAGANG PERUSAHAAN MIKRO DAN PKS PENJANA

30,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) yang baharu kepada e-dagang masing-masing akan menerima manfaat berjumlah lebih daripada RM1,500, sebagai sebahagian daripada komitmen Shopee dalam Kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS PENJANA yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) baru-baru ini.

Inisiatif ini, yang merupakan sebahagian daripada komponen ‘Propel Businesses’ dalam pelan pemulihan ekonomi jangka pendek PENJANA, dijangka dapat merancakkan ekonomi dengan mempercepatkan digitalisasi di kalangan perniagaan tempatan serta memberi galakan kepada penjual yang baharu kepada e-dagang.

Pada bulan April dan Mei, Shopee dengan sukarela menyuntik RM15 juta ke dalam ekonomi Malaysia melalui Pakej Bantuan Peniaga Shopee demi membantu penjual baharu dan sedia ada untuk mengatasi kesan wabak Covid-19, yang mengakibatkan kehilangan pendapatan terutama semasa tempoh perintah kawalan pergerakan.

Baca Lanjut