ELEWSMART ‘DISERBU’ PEMBELI

TERKINI: ELEWSMART ‘DISERBU’ PEMBELI

KUALA LUMPUR: Hari pertama pembukaan pasar raya Elewsmart milik pendakwah terkenal Ebit Lew mendapat sokongan luar biasa dari pembeli.

Berdasarkan perkongsian video di Instagram rasmi Ebit Lew, orang ramai beratur panjang lebih dua kilometer untuk memasuki pasar raya berkenaan yang membuka cawangan pertamanya di Bandar Baru Bangi.

Walaupun cuaca panas, ia tidak menghalang orang ramai beratur untuk melihat sendiri tawaran pasar raya berkenaan yang sebelum ini dilaporkan akan menjual barangan pada harga rendah bagi membantu golongan yang memerlukan.

Baca Lanjut

BAKAL BUKA 10 CAWANGAN PASARAYA DAN JUAL BARANGAN DENGAN HARGA PALING RENDAH, EBIT LIEW MOHON DOA ORANG RAMAI

KISAH KEHIDUPAN: BAKAL BUKA 10 CAWANGAN PASARAYA DAN JUAL BARANGAN DENGAN HARGA PALING RENDAH, EBIT LIEW MOHON DOA ORANG RAMAI

Penceramah dan pendakwah bebas , Ustaz Ebit Lew memohon doa ramai agar impiannya untuk membuka 10 cawangan pasar raya menjual barangan runcit yang dikenali sebagai Elews Mart berjaya direalisasikan.

Berbeza berbanding kedai runcit lainnya, Ebit merancang untuk membuka ‘food bank’ di setiap cawangan Elews Mart selain mahu menjual barangan runcit dengan harga paling murah.

Pada masa sama, dia turut mahu membuka peluang pekerjaan kepada yang berminat.

Baca Lanjut