MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT BUAT TUAN ABU NAUFAL

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT BUAT TUAN ABU NAUFAL

Pada 11hb November 2021 yang lalu, Kumpulan PUBI melalui Setiausahanya telah menganjurkan sebuah Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat yang dikhusukan kepada Tuan Kudus Alie Novel @ Abu Naufal bin Mohamat Yunus yang kini sedang menjalani rawatan di wad ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun akibat penyakit Covid-19.

Status terkini yang dimaklumkan oleh isteri beliu adalah agak mendukacitakan di mana Tuan Kudus Alie Novel @ Abu Naufal telah ditidurkan oleh pihak hospital dan paru-paru serta kadar oksigen beliau masih pada kadar yang rendah.

Oleh yang demikian pihak Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengambil inisiatif bagi menjalankan majlis ini serta memohon kepada Allah SWT agar diberi kesembuhan kepada Tuan Kudus Alie Novel @ Abu Naufal serta diberi kesihatan yang baik, insyallah.

Baca Lanjut

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KETIGA KOPUBI PERAK BHD.

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini, sebagai salah sebuah entiti yang berintegriti dan beramanah di Negeri Perak ini, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiganya pada 07hb November 2021 yang lalu secara di atas talian menggunakan platform google meet.

Alhamdulillah, di atas faktor keselamatan dan terikat di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, KOPUBI Perak Bhd dapat melaksanakan tanggungjawab besar ini dan berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan tersebut mengikut peruntukan Undang-undang Kecil yang sedia ada.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-3 ini buat julung kalinya diadakan secara tidak bersemuka ini telah berjaya dihadiri oleh 2/3 daripada anggota yang berdaftar sehingga 31hb Oktober 2021 yang lalu dari pelbagai latar belakang dan juga perniagaan.

Baca Lanjut

DIRGAHAYU TUANKU

SEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH!

DIRGAHAYU TUANKU!

Merafak Sembah Dan Setinggi-Setinggi Ucapan Tahniah.

DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH SULTAN, YANG DI-PERTUA DAN RAJA PEMERINTAH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

Sempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2021.

“Semoga Allah SWT Memberkati Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan”

Sembah Takzim Daripada;


HEBAHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD (KOPUBI) KALI KETIGA TAHUN 2021

HEBAHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD (KOPUBI) KALI KETIGA TAHUN 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa setelah hampir 4 tahun penubuhan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), maka tibalah acara tahunan yang wajib diadakan selaras dengan Undang-undang Kecil koperasi iaitu kewajiban menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).

Insyallah, Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 07hb November 2021
Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Aplikasi Google Meet

Baca Lanjut