SANTAI BOWLING KELUARGA KUMPULAN PUBI

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DI SAMPING MENGADAKAN PROGRAM-PROGRAM RIADAH BAGI MENGERAT PENYATUAN DI KALANGAN AHLI YANG BERNAUNG DI BAWAH SATU PAYUNG.

Terkini buat julung kalinya, pada 12hb September yang lalu. PUBI Perak di bawah Jawatankuasa Kebajikan dan Kerohanian telah menganjurkan sebuah program amal bagi mengutip dana pendidikan Kumpulan PUBI bagi tahun 2020 ini.

Sebahagian daripada yuran penyertaan acara ini telah disumbangkan kepada tabung kebajikan (Pendidikan) Kumpulan PUBI yang telah dikelolakan sejak tahun lepas di bawah jawatankuasa ini.

Alhamdulillah, program yang dirancang ini telah berjalan dengan baik di mana majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Puteri Holijah Muhamad Rali (SK Puteri Holijah) selaku Ahli Majlis Perbandaran Ipoh (MBI) dan sekalung penghargaan serta terima kasih di atas kesudian untuk hadir bersama kami.

Baca Lanjut

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Kumpulan PUBI mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum. Kita adalah bangsa Malaysia dan kita adalah Anak Malaysia. Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kecapi selama ini.

Pencapaian yang kita kecapi selama ini adalah usaha kita bersama. Kita tidak akan berhenti di sini sahaja. Malah akan terus mengorak langkah dalam menjalankan tanggungjawab kita demi negara ini. Kita mampu melakukannya jika kita bersatu hati. 

Semoga negara kita terus maju di persada dunia.. Insyallah

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-63

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-63

Kumpulan PUBI mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 63 kepada seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum. Kita adalah bangsa Malaysia dan kita adalah Anak Malaysia. Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kecapi selama ini.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

MESYUARAT ANGGOTA KABINET KUMPULAN PUBI 2020

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Terkini pada 15hb Ogos 2020 yang lalu, Kumpulan PUBI telah mengadakan Mesyuarat Anggota Kabinet Kali Kedua bagi sesi Jawatankuasa PUBI Perak 2019/2021.

Mesyuarat Anggota Kabinet ini telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Utama, UTC Perak dengan menyaksikan seramai 24 orang anggota kabinet telah menghadirkan diri.

Mempengerusikan Mesyuarat Anggota Kabinet ini adalah En. Sharul Baha Abd Rahman yang juga merupakan Pengerusi Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan 3 buah entiti iaitu Persatuan Usahwan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI).

Baca Lanjut