
KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.
Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.
Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 16hb Disember 2022 yang lalu, Kumpulan PUBI telah mengadakan majlis perpisahkan bagi meraikan Pelajar Latihan Industri iaitu Saudara Muhamad Amirul salah seorang pelajar daripada UiTM Puncak Perdana yang tamat latihan selama 9 bulan di PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd.
AKTIVITI KUMPULAN PUBI SEBELUM INI: Penerimaan Tawaran Tender Pengurusan Kantin
Di sini Kumpulan PUBI yang terdiri daripada PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd ingin merakam ucapan setinggi terima kasih kepada Saudara Muhamad Amirul di atas segala idea serta khidmat kemahiran yang dicurahkan kepada kami tanpa berbelah bagi kepada Kumpulan PUBI.
Kami juga ingin mendoakan agar beliau terus sukses dan berjaya di dalam bidang pembelajaran yang diceburi serta berjaya mendapat segulung ijazah yang diidamkan suatu hari nanti.
Dalam pada masa yang sama juga kami turut meraikan Pembantu Tadbir KOPUBI Perak Bhd iaitu Pn Nadia yang telah meletak jawatan dan akan berhijrah ke tempat baharu kerana telah mendapat peluang kerjaya yang lebih baik.
Kami juga mengucapkan setinggi penghargaan di atas khidmat yang telah dicurahkan selama berada di KOPUBI Perak Bhd serta mendoakan beliau terus berjaya di dalam bidang yang beliau bakal ceburi.
Semoga ukhwah di antara kita berkekalan dan semoga kita bertemu lagi di lain masa.
Insyallah
#KumpulanPUBI #PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI