SUMBANGAN UNTUK KELENGKAPAN RAYA DAN KEPERLUAN ASAS DIPERLUKAN UNTUK DISUMBANGKAN KEPADA RUMAH KEBAJIKAN PERTUBUHAN BADAN KEBAJIKAN ANAK ANAK YATIM DARUSSALAM IPOH, PERAK.

PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan mengadakan sebuah majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kasih kepada Pertubuhan Badan Kebajikan Anak Anak Yatim Darussalam Ipoh Perak dan meraikan seramai 36 orang anak-anak yatim di rumah kebajikan ini yang terletak di alamat No 70 Jalan Haji Mohd Noordin, Kampung Melayu Sungai Rapat Ipoh, Perak.

Majlis tersebut dijangka akan berlangsung pada 16hb April 2023 ini jam 5.00 petang bertempat di alamat di atas di mana penghuni rumah kebajikan ini akan diraikan serta menerima sumbangan duit raya dan keperluan asas yang lain hasil daripada kutipan orang ramai melalui program ini.

Jesteru itu, kami ingin menyeru orang ramai yang budiman termasuk para usahawan di Bandar Ipoh terutamanya dan sekitar negeri Perak tampil untuk memberikan sumbangan masing-masing bagi pelaksanaan program ini.

Sumbangan anda semua sangatlah diperlukan untuk merealisasikan program yang dirancang ini dan hasil sumbangan anda tersebut akan disalurkan untuk keperluan pelaksanaan program serta menampung kos-kos berikut, iaitu;

  • Menampung Kos Perbelanjaan Pengurusan Petubuhan serta fasiliti Rumah Kebajikan disamping meringankan beban.
  • Menampung Kos perbelanjaan tambahan penghuni yang mengikuti kelas agama serta kelas tambahan (tuisyen) setiap hari.
  • Menampung Perbelanjaan harian seperti makan dan minum serta perbelanjaan persekolahan.

Semoga dengan usaha ini akan dapat meringankan beban pihak pengurusan Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Darussalam Ipoh Perak ini disamping meraikan serta menggembirakan anak-anak yatim serta miskin di bulan yang sangat mulia ini.

Poster Rasmi Program untuk edaran kepada Ahli dan Anggota Kumpulan PUBI

Daripada Abu Ummah, Rasulullah SAW bersabda:

“𝘉𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘭𝘢𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘭𝘢 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘺𝘢𝘵𝘪𝘮 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘞𝘛, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘳𝘢𝘮𝘣𝘶𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘶𝘴𝘢𝘱. 𝘋𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘺𝘢𝘵𝘪𝘮 𝘱𝘦𝘳𝘦𝘮𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘭𝘦𝘭𝘢𝘬𝘪, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘪 𝘴𝘺𝘶𝘳𝘨𝘢 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘪𝘯𝘪, 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘈𝘞 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘪𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘫𝘢𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘭𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢.” (𝘙𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘈𝘩𝘮𝘢𝘥)

Insyallah..

Sumbangan derma wang tunai boleh dibuat ke akaun :

PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK : 5582 7500 8858 (Maybank)

Atau klik link untuk terus menyumbang derma melalui online banking —> https://toyyibpay.com/Sumbangan-Tabung-Kasih

Tarikh akhir sumbangan adalah pada : 14hb April 2023

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI: +6012-566 9310 (En. Nafis) atau klik link whatsapp berikut —> www.wasap.my/60125669310/Sumbangan+Tabung+Kasih

Dikongsikan video aktiviti amal bersama anak-anak Yatim anjuran Kumpulan PUBI pada tahun 2021
Dikongsikan video aktiviti amal bersama anak-anak Yatim anjuran Kumpulan PUBI pada tahun 2022

PROGRAM INI ADALAH ANJURAN BERSAMA PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD.

#PUBIPerak #KOPUBIPerakBhd #KumpulanPUBI #NGOusahawan #KoperasiUsahawan #ProgramAmal