
KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.
Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI Perak adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.
Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 5hb dan 6hb Disember 2021 yang lalu, Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menghantar seramai 4 orang wakil bagi menyertai sebuah kursus yang berlangsung selama dua hari bertempat di Impiana Hotel, Ipoh Perak.
AKTIVITI KUMPULAN PUBI YANG LALU: Ziarah Balu Allahyarham Kudus Alie Novel
Kursus tersebut adalah Kursus Asas Perniagaan Francais Anjuran Malaysian Francais Association (MFA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)yang melibatkan seramai hampir 30 orang peserta dari seluruh negeri Perak.
Mewakili Kumpulan PUBI perak ke kursus ini adalah Pengerusi Kumpulan PUBI iaitu En Sharul Rahman, Timbalan Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), En Haizul Fakarudin selaku setiausaha Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan KOPUBI Perak Bhd dan En Mohammad Nafis selaku Bendahari Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).
Kursus anjuran MFA selama dua hari ini adalah untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai NGO bertauliah di dalam melaksanakan program latihan francais mikro dan mampu milik sejajar dengan usaha kerajaan untuk memberi peluang dan galakkan kepada orang ramai yang ingin menceburi bidang perniagaan francais mikro dan mampu milik yang ditawarkan oleh francaisor daripada jenama francais tempatan.

Dalam merealisasikan matlamat tersebut, MFA berpendapat bahawa aspek latihan dan pembangunan usahawan merupakan salah satu elemen penting dalam meneruskan pembangunan industri francais yang lebih mantap dan berdaya maju, seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub francais serantau.
Sehubungan dengan itu, Kumpulan PUBI telah menyahut seruan tersebut dengan menghadiri kursus tersebut bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan industri perniagaan francais mikro dan mampu milik disamping bersama-sama menerokai peluang yang telah kerajaan sediakan.
Peserta yang hadir telah menimba ilmu dengan banyak sekali dan boleh mempraktik ilmu-ilmu tersebut di dalam kehidupan masing-masing terutamanya di dalam bidang perniagaan francais..
Semoga usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh masyarakat disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negara kita yang tercinta ini.
Ini akan menjadikan Kumpulan PUBI salah sebuah NGO dan koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan.
Insyallah..
#KumpulanPUBI #PUBIPerak #NGOUsahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan
KOMEN TERKINI