
KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.
Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI Perak adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.
Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 23hb November 2021 yang lalu, Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menziarahi balu kepada Allahyarham Kudus Alie Novel @ Abu Naufal iaitu Pn Norhayati Yahya di rumah beliau di Ipoh Perak Darul Ridzuan.
AKTIVITI KUMPULAN PUBI YANG LALU: Majlis Perkebumian Allahyarham Kudus Alie Novel @ Abu Naufal
Mewakili Kumpulan PUBI dalam lawatan itu adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan, Bendahari Kehormat PUBI Perak Saudara Mohammad Nafis, Penolong Setiausaha PUBI dan KOPUBI Perak Bhd Pn Zuraida merangkap Penolong Bendahari KOPUBI Perak Bhd dan Ahli Jawatankuasa Pn Samsiah merangkap Ahli Lembaga Koperasi serta Bendahari KOPUBI Perak Bhd.
Pada lawatan tersebut, wakil Kumpulan PUBI tersebut telah bertanya khabar serta menyatakan kesedihan di atas pemergian suami beliau iaitu Allahyarham Kudus Ali Novel bin Mohamat Yunus atau lebih dikenali sebagai Tuan Abu Naufal yang telah kembali ke Rahmatullah pada 18hb November 2021 yang lalu di Wad ICU 6D, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak.
Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) merangkap Naib Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) sejak tahun 2017 yang lalu dan di dalam masa yang sama merupakan ahli dan anggota terawal sewaktu tertubuhnya persatuan dan koperasi ini.
Allahyarham adalah seorang pemimpin yang berdedikasi serta telah banyak menyumbang masa dan tenaga di dalam usaha membangunkan NGO Usahawan serta gerakan koperasi di negeri Perak ini disamping gigih menjalankan perniagaan dan bekerja sendiri sebagai ketua keluarga kepada 4 orang anak serta isteri Allahyarham.
Sesungguhnya ini adalah satu kehilangan yang amat besar buat persatuan dan koperasi dan kami sangat-sangatlah bersedih dengan pemergian Allahyarham kerana beliau adalah tulang belakang kepada kedua-dua entiti ini sejak ditubuhkan.

Pada pertemuan dengan Pn Norhayati Yahya itu, Pengerusi Kumpulan PUBI En Sharul Rahman banyak memberi kata-kata semangat serta menyatakan sokongan moral kepada beliau agar terus bersabar dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT ini.
Kumpulan PUBI turut menyumbang sumbangan wang tunai bagi meringankan beban Pn Norhayati Yahya serta keluarga beliau di mana baru sahaja kehilangan orang yang tersayang.
Disamping itu Kumpulan PUBI juga ada membuat tabung kutipan khairat derma kilat untuk mengumpul sedikit dana bagi membantu keluarga Allahyarham Kudus Alie Novel @ Abu Naufal dan penyerahan sumbangan tersebut akan dilaksanakan di dalam masa terdekat ini.
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Allahyarham Kudus Alie Novel @ Abu Naufal daripada kita serta telah menempatkan beliau di satu tempat yang dimuliakan.
Marilah kita menadah tangan dan memohon kepada Allah SWT supaya mengampunkan segala dosa-dosa Allahyarham Kudus Alie Novel @ Abu Naufal bin Mohamat Yunus dan semoga ditempatkan roh beliau dikalangan orang-orang yang beriman.
Insyallah dan Al-Fatihah dengan bacaan untuk Allahyarham.
Sekian.
KOMEN TERKINI