INFO: GKP 4.0 – SEMAKAN STATUS & PEMBAYARAN BERMULA 21HB SEPTEMBER 2021
Bayaran bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan bermula pada 21 September 2021.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.
“Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 (RM500). Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0 dengan implikasi kewangan RM500 juta.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: BPR 2021 –Semakan Rayuan &Tarikh Pembayaran (September 2021)
“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021 melalui Portal GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ismail Sabri berkata, secara keseluruhan jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 juta PKS mikro di bawah GKP sejak pandemik Covid-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.
Katanya, beliau berharap bantuan itu dapat menggerak dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia.
Menurut beliau, kerajaan memberi keutamaan kepada pemain industri itu kerana mereka merupakan
antara sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik Covid-19..
“Semoga dengan bantuan ini peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai,” katanya.
APAKAH GKP 4.0?
GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah diperkenalkan sejak COVID19 melanda negara tahun lalu.
GKP Tambahan dan GKP PERMAI juga telah diumumkan sebagai inisiatif membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.
GKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021, manakala GKP 4.0 diumumkan melalui Perutusan Khas PEMULIH pada 28 Jun 2021.
Pakej PEMULIH ini merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.
JUMLAH & TARIKH BAYARAN GKP 4.0
Bayaran ini dibuat secara ansuran sebanyak dua kali pada bulan September (RM500) dan November (RM500).
Tarikh pembayaran bantuan ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malayisa dan pembayaran akan dibuat pada 21hb September 2021 ini.
Walaubagaimanapun tarikh untuk pembayaran bulan November masih belum diumumkan lagi.
TARIKH PERMOHONAN BAHARU
Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran telah dibuka pada 15 Julai hingga 31 Julai 2021 yang lalu.
CARA PERMOHONAN
Permohonan bagi bantuan ini perlu dilakukan secara online di laman web GKP di pautan berikut:
Borang permohonan handeaklah dilengkapkan dan dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah diberikan jika perlu. Pastikan anda mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu.
Semakan status boleh dibuat selepas maklumat dihantar dengan lengkap.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI