PROGRAM TURUN PADANG KE ARAH MEMASYARAKATKAN KOPERASI (MASKOP)

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 17hb Mac 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak untuk hadir ke sebuah program iaitu Program Turun Padang Ke Arah Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) 2023.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Casuarina@Meru Ipoh Perak dan telah dihadiri oleh hampir 1,000 peserta anggota koperasi dari seluruh negeri Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke program yang gilang gemilang ini adalah Tuan Pengerusi koperasi En Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi, En Haizul Fakarudin serta Bendahari Koperasi En Mohamad Firdaus.

Baca Lanjut

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN KOPERASI (WAJIB 2)

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 14hb sehingaa 15hb Mac 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menghadiri sebuah kursus yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) iaitu Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi (Wajib 2).

Kursus dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini telah berlangsung dengan jayanya di Tower Regency Hotel & Residence, Ipoh Perak dan telah dihadiri oleh lebih 20 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Koperasi yang bernuang di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dari seluruh Negeri Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) ke kursus yang bermanfaat ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd En. Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi En Haizul Fakarudin serta Bendahari Koperasi En Mohamad Firdaus Mansor.

Baca Lanjut

MESYUARAT AJK INDUK PUBI PERAK BIL – 01/2023

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 12hb Mac 2023 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) Bil.01/2023 bagi sesi tahun 2021/2023.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa kali pertama diadakan bagi tahun 2023 ini telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Urusan Kumpulan PUBI di Station 18, Ipoh Perak.

Baca Lanjut

PENGUNDIAN TAPAK BAZAR RAMADAN 2023 ANJURAN PUBI PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 11hb Mac 2023 yang lalu telah berlangsung Majlis pengundian tapak bazar ramadan 2023 anjuran PUBI Perak bertempat di dewan orang ramai Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat Perak Darul Ridzuan.

Baca Lanjut