KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 14hb sehingaa 15hb Mac 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menghadiri sebuah kursus yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) iaitu Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi (Wajib 2).
Kursus dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini telah berlangsung dengan jayanya di Tower Regency Hotel & Residence, Ipoh Perak dan telah dihadiri oleh lebih 20 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Koperasi yang bernuang di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dari seluruh Negeri Perak.
Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) ke kursus yang bermanfaat ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd En. Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi En Haizul Fakarudin serta Bendahari Koperasi En Mohamad Firdaus Mansor.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Dan Operasi
Turut hadir adalah Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd yang diketuai oleh Ketua JKJAD KOPUBI Perak Bhd iaitu Pn Jamaliah Md Yatim dan Ahli Jawatankuasa JKJAD iaitu Pn Noor Azlina.
Alhamdulillah, peserta yang hadir pada kursus ini telah didedahkan dengan tatacara pengurusan kewangan koperasi dan berkesan serta aspek-aspek perakaunan koperasi serta menimba ilmu dengan banyak sekali.
Segala ilmu tersebut boleh dipraktikkan di dalam mengelolakan pengurusan kewangan koperasi dan memberi impak-impak yang baik kepada ekonomi serta pembangunan koperasi itu sendiri.
Melalui kursus ini juga akan memudahkan perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Koperasi masing-masing di dalam membuat perbentangan kewangan serta mengikut tataselia serta panduan yang sepatutnya diikuti oleh setiap koperasi yang berdaftar.
Kursus ini ternyata sangat bermakna serta memberi impak tersendiri di dalam melahir sebuah koperasi yang berwibawa serta kompetan di dalam masyarakat.
Semoga dipermudahkan segala urusan Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak ini.
Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI