PROGRAM TURUN PADANG KE ARAH MEMASYARAKATKAN KOPERASI (MASKOP)

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 17hb Mac 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak untuk hadir ke sebuah program iaitu Program Turun Padang Ke Arah Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) 2023.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Casuarina@Meru Ipoh Perak dan telah dihadiri oleh hampir 1,000 peserta anggota koperasi dari seluruh negeri Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke program yang gilang gemilang ini adalah Tuan Pengerusi koperasi En Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi, En Haizul Fakarudin serta Bendahari Koperasi En Mohamad Firdaus.

Baca Lanjut