PENCALONAN ANUGERAH USAHAWAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2022

INFO – PENCALONAN ANUGERAH USAHAWAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2022

Anugerah ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada usahawan Perak yang terpilih bagi mengiktiraf kejayaan usahawan Perak di dalam pelbagai bidang industri dan perkhidmatan.

Anugerah ini juga adalah sebagai pendorong dan contoh kepada usahawan-usahawan PMKS lain di Negeri Perak. Ia juga bertujuan bagi mewujudkan kelompok usahawan “champion” dalam pelbagai industri di negeri Perak.

17 Kategori dipertandingkan bagi Program Anugerah Usahawan Perak. Usahawan hanya boleh mencalonkan diri sendiri maksimum dalam 2 kategori sahaja.

Baca Lanjut

MESYUARAT AGUNG NEGERI (MAN 2023) PERAK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini Pada 1hb Mac 2023 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2023) Perak, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Perak yang telah diadakan secara di dalam talian menggunakan platform Zoom.

Pelaksanaan Mesyuarat Agung Negeri ini secara di dalam talian telah diadakan bagi menyokong saranan kerajaan di dalam pengunaan IT disamping dapat menjimatkan kos penganjuran Mesyuarat Agung Negeri yang menelan belanja yang sangat besar.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Negeri Perak 2023 secara di dalam talian ini adalah Tuan Pengerusi En Sharul Baha Bin Abd Rahman.

Baca Lanjut