SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI KUMPULAN PUBI

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 1hb Mei 2022 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menyantuni para staf Kumpulan PUBI dengan menyerahkan sumbangan hamper berserta duit raya kepada meraka bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Baca Lanjut

PUTEK: PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN TEKNIKAL SEHINGGA RM500,000

PUTEK: PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN TEKNIKAL SEHINGGA RM500,000

Generasi muda yang ingin memulakan perniagaan dalam bidang teknikal boleh membuat permohonan pembiayaan Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK).

PUTEK merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2022 yang menawarkan kemudahan pembiayaan kepada generasi muda untuk memulakan perniagaan dalam bidang teknikal yang berasaskan kepada kemahiran yang dimiliki.

Program ini dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sehingga 31 Mac 2022 sahaja, sebanyak RM548,000 telah disalurkan kepada usahawan teknikal MARA menerusi program ini.

Permohonan program ini masih dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2022.

Baca Lanjut

APLIKASI eDESA: PLATFORM PEMASARAN PRODUK USAHAWAN LUAR BANDAR

APLIKASI eDESA: PLATFORM PEMASARAN PRODUK USAHAWAN LUAR BANDAR

Usahawan luar bandar kini mempunyai platform terbaharu untuk memasarkan produk mereka iaitu menerui Aplikasi eDesa.

Platform ini dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 21 Februari 2022 yang lalu di Hotel Premiera.

Untuk makluman, Aplikasi eDesa adalah platform yang menawarkan pemasaran produk yang memfokuskan pelbagai jualan yang dihasilkan oleh usahawan luar bandar.

Baca Lanjut

PROGRAM EDARAN BERANEKA JENIS BUBUR KUMPULAN PUBI

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 29hb April 2022 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengadakan Program Edaran Beraneka Jenis Bubur kepada staf AEON, para pengunjung AEON MALL Ipoh Klebang serta peniaga-peniaga yang berniaga di bazar raya penuh makna AEON Mall Ipoh Klebang anjuran PUBI Perak.

Baca Lanjut