KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR
Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.
Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 29hb April 2022 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengadakan Program Edaran Beraneka Jenis Bubur kepada staf AEON, para pengunjung AEON MALL Ipoh Klebang serta peniaga-peniaga yang berniaga di bazar raya penuh makna AEON Mall Ipoh Klebang anjuran PUBI Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya 2022
Syukur ini adalah program kedua Edaran Beraneka jenis bubur anjuran Kumpulan PUBI di mana sebanyak 150 bekas beraneka Bubur telah diedarkan secara percuma.
Program ini telah berlangsung di AEON MALL Ipoh Klebang sebaik sahaja selesai Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan dan Aidifitri kepada Rumah Kebajikan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam Kampung Melayu Sungai Rapat Ipoh Perak.
Pengerusi Kumpulan PUBI, En. Sharul Rahman turut meluangkan masa untuk menyertai program amal ini dan disamping Ahli Jawatankuasa PUBI Perak serta Ahli Lembaga KOPUBI Perak yang lain di mana turut disertai oleh Pn Maziah selaku Pengurus AEON MALL Ipoh Klebang.
Turut menyertai program amal ini adalah Bendahari PUBI Perak iaitu En Mohammad Nafis dan Penolong Setiausaha PUBI Perak merangkap Ahli Lembaga Koperasi KOPUBI Perak Bhd iaitu Pn Zuraida serta Penolong Bendahari Persatuan, Pn Norhuda Abd Razak.
Antara Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang hadir adalah Pn Jamaliah Md Yatin dan Pn Nor Azlina Omar.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Pengurusan AEON Mall Ipoh Klebang yang sudi menaja lokasi penyerahan sumbangan ini serta menyediakan fasiliti siar raya secara percuma untuk majlis yang sangat meriah serta penuh dengan kesyukuran ini.
Tidak dilupakan ucapan Tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd yang telah bertukus lumus bagi menjayakan program yang dirancang ini serta ahli-ahli persatuan dan koperasi yang mendokong penuh pelaksanaan program amal ini.
Syukur kepada yang Maha Esa kerana dengan limpah kurniaNya Kumpulan PUBI masih dapat berbakti kepada masyarakat serta menyantuni anak-anak yatim dengan aktiviti amal pada bulan yang sangat mulia ini.
Didoakan agar kita semua mendapat keberkatan daripada usaha yang telah dijalankan ini.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI