
COVID-19: USA MELEPASI 200,000 KES DENGAN LEBIH DARIPADA 4,600 KEMATIAN
Jumlah kes koronavirus di Amerika Syarikat telah melebih 200,000 kes pada hari Rabu (1hb April 2020) dan para pegawai memberi amaran peningkatan kes yang diluar jangkaan di luar pusat bandar besar tidak lama lagi.
Pada taklimat hariannya, Gabenor New York Andrew Cuomo berkata bandarayanya menyumbang lebih daripada 83,000 kes daripada jumlah jangkitan koronavirus dengan 1,941 kematian. Jiran mereka iaitu New Jersey adalah negeri kedua tertinggi dengan lebih daripada 18,000 kes dan 267 kematian.
Di New York sahaja, kini terdapat pusat wabak AS, 12,226 orang telah dimasukkan ke hospital, peningkatan sebanyak 1,297 dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan lebih daripada 3,000 daripada mereka dalam rawatan intensif.
Baca Lanjut →



KOMEN TERKINI