KUNJUNGAN HORMAT WAKIL J&T EKSPRESS

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 5hb Ogos 2020 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman telah menerima kunjungan hormat oleh wakil J&T Ekspress Malaysia dari Ibu Pejabat Negeri Perak iaitu YM Raja Tawfeeq dan rakan sekerja beliau.

Objektif utama Kunjungan pihak J&T Ekspress Malaysia ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara kedua-dua entiti ini serta membincangkan usahasama yang bersesuaian di antara kedua-dua pihak demi masa depan yang lebih baik dan gemilang.

Baca Lanjut

PROGRAM KORBAN PUBI PERAK BERSAMA KOMUNITI

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 2hb Ogos 2020 yang lalu, PUBI Perak di bawah Jawatankuasa Kebajikan dan Kerohanian telah menganjurkan sebuah program korban yang melibatkan Ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.

Alhamdulillah, 2 ekor lembu dengan disertai oleh 10 bahagian peserta daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. telah berjaya disempurnakan tempoh hari sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha tempoh hari.

Baca Lanjut

PERMOHONAN MORATORIUM BERSASAR & FLEKSIBILITI PEMBAYARAN BALIK

PERMOHONAN MORATORIUM BERSASAR & FLEKSIBILITI PEMBAYARAN BALIK

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan maklumat lanjut mengenai moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik kepada pihak bank bagi individu dan peminjam lain termasuk Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Ini selaras dengan pengumuman yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Julai yang lalu yang menyatakan kerajaan bersetuju untuk melanjutkan moratorium dan bank bersasar kepada individu dan peminjam lain yang layak.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan moratorium selama 6 bulan bermula April bagi meringankan beban orang ramai akibat penularan wabak COVID-19.

Baca Lanjut

MBI TAWAR PENGURANGAN BAYARAN KOMPAUN TRAFIK SEHINGGA 50 PERATUS

IPOH: Bersempena dengan bulan kemerdekaan pada tahun ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberikan tawaran pengurangan pembayaran bagi kompaun trafik antara 30 hingga 50 peratus.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata penawaran diskaun tersebut berkuatkuasa hari ini sehingga 31 Ogos. Katanya individu atau pihak yang ingin berbuat demikian, mereka boleh membayarnya di mana-mana kaunter pembayaran MBI.

“Tawaran diskaun kompaun lalu lintas ini ditawarkan MBI bersempena dengan bulan kemerdekaan. Sesiapa yang ingin membayar, boleh berbuat demikian bermula hari ini,” katanya.

Baca Lanjut