SIAPA YANG SINGGAH DI KEDAI NASI KANDAR PEKAN NAPOH, SILA BUAT SARINGAN COVID-19

Gambar – Harian Metro

TERKINI: SIAPA YANG SINGGAH DI KEDAI NASI KANDAR PEKAN NAPOH, SILA BUAT SARINGAN COVID-19

POLIS meminta kerjasama orang ramai yang pernah makan atau singgah di sebuah kedai nasi kandar Pekan Napoh di Jitra supaya menjalani pemeriksaan saringan di klinik kesihatan dengan segera bagi memastikan mereka tidak dijangkiti Covid-19.

Mereka yang singgah makan pada 13 hingga 24 Julai lalu di kedai makan itu diharap dapat menjalani ujian saringan berikutan enam bukan warga negara disahkan positif Covid-19.

Sebelum ini, pengusaha kedai makan itu ditahan polis dan dikompaun RM1,000 kerana ingkar kuarantin 14 hari selepas pulang dari India pada 13 Julai lalu dan disahkan negatif ketika menjalani pemeriksaan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Baca Lanjut

BANTUAN BANK BERSASAR MANFAAT TIGA JUTA PKS, INDIVIDU

Pengumuman secara langsung lanjutan moratorium dan bantuan bank Bersasar oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Belukar

TERKINI: BANTUAN BANK BERSASAR MANFAAT TIGA JUTA PKS, INDIVIDU

PUTRAJAYA: Pelaksanaan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar akan memanfaatkan tiga juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta individu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sejak moratorium diperkenalkan pada 1 April lalu, sejumlah 243,000 PKS atau 95 peratus daripada keseluruhan peminjam PKS menerima manfaat dengan nilai RM20.7 bilion.

Beliau berkata, sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya.

Baca Lanjut