KERJAYA SEBAGAI PETANI TIDAK SESUAI JIKA ‘HANGAT-HANGAT TAHI AYAM’

Gambar – Bernama

INFO: KERJAYA SEBAGAI PETANI TIDAK SESUAI JIKA ‘HANGAT-HANGAT TAHI AYAM’

KUALA TERENGGANU, 1 Julai  — Kerjaya sebagai petani tidak sesuai untuk mereka yang ‘hangat-hangat tahi ayam’, takut badan ‘garing’ bila berpanas dan tiada kesabaran yang tinggi.

Mereka yang mahu serius dalam bidang itu harus mengetahui bahawa pendapatan mereka tidak boleh diperoleh dalam jangka masa pendek, malah perlu bersedia untuk ‘berlapar’ apabila musim menuai belum tiba.

Perkara itu dikongsikan oleh empat individu yang mengusahakan tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peradong, dekat Manir di sini, berikutan trend terbaru rakyat Malaysia yang mula menjadikan pertanian sebagai kerjaya setelah hilang pekerjaan.

Baca Lanjut