MALAYSIA TIDAK ALAMI KRISIS EKONOMI MESKIPUN PENURUNAN NILAI RINGGIT BERBANDING DOLAR AS – TENGKU ZAFRUL

MALAYSIA TIDAK ALAMI KRISIS EKONOMI MESKIPUN PENURUNAN NILAI RINGGIT BERBANDING DOLAR AS – TENGKU ZAFRUL

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS kerana mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding banyak mata wang utama lain di dunia. 

Tengku Zafrul berkata ringgit menyusut sebanyak 7.5 peratus berbanding dolar AS sejak awal 2022, namun mata wang serantau dan negara maju lain juga turut mencatatkan penurunan yang sama.

Baca Lanjut

BANTUAN BANK BERSASAR MANFAAT TIGA JUTA PKS, INDIVIDU

Pengumuman secara langsung lanjutan moratorium dan bantuan bank Bersasar oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Belukar

TERKINI: BANTUAN BANK BERSASAR MANFAAT TIGA JUTA PKS, INDIVIDU

PUTRAJAYA: Pelaksanaan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar akan memanfaatkan tiga juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta individu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sejak moratorium diperkenalkan pada 1 April lalu, sejumlah 243,000 PKS atau 95 peratus daripada keseluruhan peminjam PKS menerima manfaat dengan nilai RM20.7 bilion.

Beliau berkata, sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya.

Baca Lanjut

[2020] BERAPA GAJI AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC) DI MALAYSIA?

INFO: [2020] BERAPA GAJI AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC) DI MALAYSIA?

Sebelum ini, kami pernah keluarkan senarai gaji pengarah-pengarah syarikat yang tersenarai dalam FBM KLCI. Ada yang bergaji berpuluh ribu sebulan, sehingga berbelas juta sebulan pun ada. Boleh rujuk Berapa Agaknya Gaji Pengarah Syarikat Top 30 Di Malaysia?

Tapi mesti ramai yang nak tahu berapa gaji pengarah bagi GLC seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Khazanah Nasional dan yang lain kan?

Tapi sebelum itu, fahamkan dulu definisi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terlebih dahulu.

Baca Lanjut