MALAYSIA ANTARA NEGARA PALING BERJAYA LAWAN COVID-19 DI DUNIA – PERDANA MENTERI

Tan Sri Muhyiddin Yassin – Perdana Menteri Malaysia | Gambar Google

TERKINI: MALAYSIA ANTARA NEGARA PALING BERJAYA LAWAN COVID-19 DI DUNIA – PERDANA MENTERI

Malaysia merupakan antara negara yang paling berjaya melawan pandemik COVID-19 di dunia, umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelas Muhyiddin, negara ini telah dapat melalui satu tempoh masa yang amat mencabar, iaitu untuk menangani wabak COVID-19 yang melanda dunia.

“Tapi berkat usaha, kesungguhan dan diri kita semua. maka Malaysia hari ini telah pun dapat dikatakan berjaya untuk menguruskan wabak ini ke satu tahap yang boleh kita katakan, membanggakan.

Baca Lanjut

PERBINCANGAN BERSAMA PENGARAH URUSAN SYARIKAT ECOBIO PACK SDN BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 23hb Jun 2020 yang lalu pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan perbincangan dengan Mr Ralph Lim, Pengarah Urusan Syarikat Ecobio Pack Sdn Bhd yang merupakan rakan strategik KOPUBI Perak Bhd bagi projek pembekalan produk Biodegradable ‘Paper Straw’ yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi, En. Sharul Rahman, Pn Shams, selaku Bendahari KOPUBI dan Pemangku Ahli Lembaga KOPUBI iaitu Pn Noorzalina.

Seperti yang kita sedia maklum sebelum ini KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan sebuah projek iaitu Projek pembekalan produk Biodegradble ‘Paper Straw’ ke seluruh Negeri Perak dan Projek koperasi ini telah terhenti seketika susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan sebelum ini.

Baca Lanjut