SEKOLAH DIBUKA SEPENUHNYA BERMULA 15 JULAI INI

Gambar: Harian Metro

TERKINI: SEKOLAH DIBUKA SEPENUHNYA BERMULA 15 JULAI INI

SESI persekolahan murid Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta tingkatan 1 hingga 4 pada 15 Julai ini.

Bagi murid Tahun 1 hingga 4 pula sesi persekolahan akan bermula pada 22 Julai ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, tarikh pembukaan penuh sekolah itu membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Baca Lanjut

PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN BANDAR 2020 (PENJANA)

INFO: PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN BANDAR 2020 (PENJANA)

Menerusi inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun yang lalu, kerajaan telah mewujudkan satu projek untuk penduduk bandar dan pinggir bandar iaitu Projek Pertanian Bandar.

Matlamat projek ini diwujudkan adalah untuk membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk bandar dan pinggir bandar yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Selain itu, projek pertanian bandar ini juga bertujuan untuk mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi dalam kalangan komuniti bandar serta membantu dan menjamin keselamatan makanan negara.

Baca Lanjut

BAYARAN FASA KETIGA BAGI BANTUAN SARA HIDUP (BSH) AKAN DIBUAT SEBELUM AKHIR JULAI INI

Gambar: Harian Metro

TERKINI: BAYARAN FASA KETIGA BAGI BANTUAN SARA HIDUP (BSH) AKAN DIBUAT SEBELUM AKHIR JULAI INI

BAYARAN fasa ketiga bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuat sebelum akhir Julai ini yang membabitkan lima juta penerima. Ia meliputi 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang dengan implikasi kos sebanyak RM3 bilion.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksimum empat orang anak.

“Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat orang anak akan mendapat RM1,080 secara keseluruhan bagi bantuan BSH ini,” katanya dalam laporan Laksana ke-11 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), semalam.

Baca Lanjut