Pengumuman secara langsung lanjutan moratorium dan bantuan bank Bersasar oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Belukar

TERKINI: BANTUAN BANK BERSASAR MANFAAT TIGA JUTA PKS, INDIVIDU

PUTRAJAYA: Pelaksanaan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar akan memanfaatkan tiga juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta individu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sejak moratorium diperkenalkan pada 1 April lalu, sejumlah 243,000 PKS atau 95 peratus daripada keseluruhan peminjam PKS menerima manfaat dengan nilai RM20.7 bilion.

Beliau berkata, sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya.

TBRS TEKUN: Skim Pemulihan Perniagaan Sehingga RM10,000

Justeru, katanya peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini.

“Malah, sejak pembukaan ekonomi secara berperingkat pada Mei, aktiviti ekonomi di seluruh negara dilihat semakin rancak.

“Kini, ada individu dan perniagaan yang mampu membayar semula pinjaman mereka.

“Manakala, untuk tempoh yang sama, jumlah peminjam PKS yang memilih untuk tidak mengambil kemudahan ini telah meningkat daripada 5,000 kepada 13,000 peminjam,” katanya dalam pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar, hari ini.

Muhyiddin berkata, bank-bank juga memberikan komitmen untuk membantu semua peminjam individu atau PKS, baik peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat COVID-19.

Beliau berkata, bantuan yang ditawarkan ini bergantung kepada situasi peminjam, sama ada membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan.

Bantuan juga, kata Perdana Menteri, mungkin memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.

Sumber: Berita Harian