KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 23hb Jun 2020 yang lalu pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan perbincangan dengan Mr Ralph Lim, Pengarah Urusan Syarikat Ecobio Pack Sdn Bhd yang merupakan rakan strategik KOPUBI Perak Bhd bagi projek pembekalan produk Biodegradable ‘Paper Straw’ yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi, En. Sharul Rahman, Pn Shams, selaku Bendahari KOPUBI dan Pemangku Ahli Lembaga KOPUBI iaitu Pn Noorzalina.
Seperti yang kita sedia maklum sebelum ini KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan sebuah projek iaitu Projek pembekalan produk Biodegradble ‘Paper Straw’ ke seluruh Negeri Perak dan Projek koperasi ini telah terhenti seketika susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan sebelum ini.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Perbincangan Bersama Influencer Terkenal Apit Wan Lebo
Kini pihak koperasi dan pihak pengilang ini akan meneruskan hasrat bagi memasarkan produk ini ke seluruh negeri Perak tanpa menoleh ke belakang lagi.
Kerjasama erat akan diperhebatkan dengan strategi pemasaran yang lebih mantap dan berkesan.
Doakan koperasi memperoleh pulangan ekonomi yang memberangsangkan melalui projek ini.
Insyallah..
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..”
Saudara Mohamad Jamean Bin Zulkepli
Setiausaha Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
UNTUK MAKLUMAN SEMUA JUGA, KOPUBI PERAK BHD ADALAH PEMBEKAL UTAMA PRODUK-PRODUK BIODEGRADABLE DI NEGERI PERAK!
PRODUK UTAMA KAMI ADALAH ‘PAPER STRAW’
Apa itu Paper Straw?? Paper Straw adalah penghirup minuman yang diperbuat daripada kertas yang mudah lupus dan sangat selamat untuk bumi kita.
Untuk makluman semua, produk paper straw KOPUBI Perak Bhd ini adalah ‘Product Biodegradable’ iaitu produk pengguna yang mesra alam, mudah urai dan senang dilupuskan secara semulajadi. Dengan penggunaan produk yang mesra alam ini kita mampu menyelamatkan bumi kita yang sedang tenat.
Untuk makluman semua juga, produk plastik pakai buang seperti pembungkus makanan dan minuman mahupun straw plastik yang kita gunakan sehari-harian, mengambil masa sehingga 100-500 tahun untuk dilupuskan dan sebenarnya tiada tempoh yang pasti bahawa bahan-bahan ini benar-benar akan reput atau lupus.
Berbeza dengan produk mudah urai (Biodegradable) ini, ianya hanya mengambil masa kurang dari 4 bulan untuk reput dan terurai dengan sendirinya.
Penggunaan bekas polisterin dan straw bukan saja tidak mudah lupus malah boleh menyebabkan pencemaran dan menghasilkan bahan kimia yang mengancam kesihatan manusia serta dikaitkan dengan pelbagai penyakit terutamanya kanser,
KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang prihatin dan menyintai alam sekitar dengan ini menyeru kepada semua pemilik-pemilik restoran, kedai makan, food court dan sebagainya untuk sama-sama mengambil tanggungjawab untuk memelihara bumi kita.
Demi menjaga alam sekitar kita yang kian terancam ini, maka marilah kita sama-sama bertukar kepada Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ ini. Segalanya bermula dari anda! Melalui usaha murni yang bakal anda laksanakan ini maka akan tercapailah matlamat kita untuk memelihara bumi malah kesannya nanti akan dinikmati bersama oleh anak dan cucu cicit kita pada masa hadapan.
Terkini, kami selaku sebuah Koperasi Usahawan yang berdaya maju ingin menawarkan HARGA RUNTUH DAN HARGA KILANG KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG TERDIRI DARIPADA TOKEH RESTORAN, PENGUSAHA PERNIAGAAN F&B, PEMILIK HOTEL UNTUK PRODUK MENDAPATKAB PRODUK BIODEGRADABLE ‘PAPER STRAW’ KOPUBI PERAK BHD!
Tak Perlu Batang Serai Sebagai Straw Minuman –>
KELEBIHAN UTAMA PRODUK ‘BIODEGRADABLE PAPER STRAW’ KOPUBI IALAH;
- 100% Buatan Malaysia
- Ketahanan serapan air yang lebih lama (330gsm tickness)
- Diperbuat Daripada ‘Craft Paper’ (Hampas tebu, jagung dan juga padi)
- Menggunakan gam daripada tumbuh-tumbuhan (Ubi kayu)
- Dihasilkan dan diproses di dalam kilang bilik bersih (Clean room factory process)
- Mendapat pengiktirafan daripada FDA (FDA Approved)
- Bakal mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM
HUBUNGI SEGERA UNTUK INFO LANJUT:
011-3955 3211 / 012-374 1272 atau klik link whatsapp di bawah ini;
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD.
NO.57B SUSURAN STATION 18, STATION 18 PASIR PUTEH, 31650 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
05-322 3924 | www.pubiperak.com/koperasi
KOMEN TERKINI