KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 10hb Mac 2020 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan siri jelajah ke agensi-agensi kerajaan di Bandaraya Ipoh untuk mengadakan sesi taklimat kepada staf-staf dan kakitangan agensi berkenaan Manfaat Ekonomi dan Keanggotaan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.

Alhamdulillah, sambutan diberikan adalah sangat memberangsangkan di mana staf serta kakitangan terbabit mengambil peluang dan kesempatan untuk mendaftar sebagai anggota koperasi ini.

Untuk pengetahuan semua KOPUBI Perak Bhd adalah sebuah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan telah diaudit sepenuhnya oleh suruhanjaya ini.

10 MANFAAT UTAMA YANG DITAWARKAN KEPADA ANDA SEBAGAI ANGGOTA KOPUBI PERAK BHD ADALAH SEPERTI;

✔ Pulangan dividen (%) yang tinggi
✔ Pemilikan syer saham sehingga 25 unit setiap anggota
✔ Manfaat khairat kematian kepada anggota, pasangan, anak-anak dan juga ibubapa anggota 
✔ Insentif bantuan persekolahan anak-anak Anggota 
✔ Insentif anugerah kecemerlangan intelek anak-anak Anggota 
✔ Pembiayaan Mikro-kredit & Pinjaman kecemasan 
✔ Tabung Usahawan (PKS, Penjaja & DLL) 
✔ Pakej Penginapan yang ‘best & sweet’ di Copthorne Cameron Highlands. 
✔ Pemilikan apartment mampu milik D’Aman Residensi @ Bandar Meru Raya 
✔ Peluang penerokaan ruang pelaburan yang pelbagai & baharu melalui gerakan koperasi di Malaysia

Pada tahun 2018 setelah audit SKM KOPUBI Perak Bhd telah mencatat keuntungan sebanyak 15% dan tahun ini mengikut pada perkembangan perniagaan semasa koperasi, KOPUBI Perak Bhd dijangka akan mencatat keuntung lebih daripada itu dan Ahli Lembaga Koperasi beriltizam untuk memberi pulangan dividen kepada anggota sekurang-kurangnya sebanyak 9.5%.

Kepada warga Negeri Perak marilah mendaftar sebagai anggota KOPUBI Perak Bhd dan memiliki syer / saham di dalam KOPUBI Perak Bhd yang akan memberi manfaat ekonomi kepada anda semua!

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan serta mengorak langkah menjadi salah sebuah koperasi yang disegani.

Insyaalah..

Sebarang pertanyaan sila hubungi 05-322 3924 atau layari laman web kami di www.pubiperak.com/koperasi

Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah..

Saudara Mohamad Jamean Bin Zulkepli
Setiausaha Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.