INFO: PEMBIAYAAN PERIBADI i-MIKRO BAI’ AL-INAH KOPUBI PERAK BHD

Berita baik untuk semua warga Negeri Perak, KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi Usahawan yang berdaya maju di Bandaraya Ipoh ini dengan sukacitanya memaklumkan Skim Pembiayaan Peribadi i-Mikro Bai’ Al-Inah KOPUBI Perak Bhd kini dibuka kepada semua.

Kami memahami keperluan anggota KOPUBI yang mungkin memerlukan modal pusingan tambahan untuk memajukan perniagaan masing-masing atau mungkin adakalanya anggota memerlukan wang tambahan untuk tujuan kecemasan dan sebagainya.

KOPUBI menyediakan pembiayaan mudah tanpa bukti pendapatan sehingga RM5,000 dan kelulusan pembiayaan peribadi i-Mikro Bai’ Al-Inah ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat permohonan di bawah ini serta tertakluk kepada KELULUSAN Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.

Belum menjadi Anggota? Jom daftar sebagai Anggota KOPUBI Perak Bhd. pada hari ini juga –>

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN ADALAH SEPERTI BERIKUT;

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas telah menjadi anggota Koperasi ini tidak kurang daripada enam bulan ;
  • Telah membayar Modal Syer sekurang sekurang-kurangnya 1 unit dan telah membayar fi masuk yang ditetapkan oleh pihak koperasi ;
  • Berkemampuan bermaksud potongan bayaran balik ansuran bulanan tidak melebihi 60% pendapatan bulanan ;
  • Had maksima pembiayaan adalah tertakluk kepada 10x nilai saham dan jumlah maksima pembiayaan ini adalah terhad kepada RM5,000 sahaja.
  • Mempunyai seorang Penjamin yang terdiri daripada kalangan anggota Koperasi (Bagi pembiayaan melebihi RM2,000 ke atas) ;
  • Melengkapkan borang permohonan serta membekalkan maklumat serta dokumen yang diperlukan.

Nota : Pihak Koperasi berhak menolak mana-mana permohonan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pemohon.

Jadual Pembiayaan Peribadi Bai’ Al-Inah KOPUBI Perak Bhd

SYARAT-SYARAT PENJAMIN ADALAH SEPERTI BERIKUT;

  • Telah menjadi anggota Koperasi ini tidak kurang daripada enam bulan.
  • Penjamin tidak dibenarkan menjamin lebih daripada 3 orang anggota di dalam satu masa.
  • Anggota Lembaga tidak dibenarkan menjamin  semasa tempoh di dalam jawatan sebagai Anggota Lembaga.
  • Penjamin bukan dari kalangan ahli keluarga anggota yang meminjam dan bukan pasangan kepada anggota tersebut.
  • Penjamin hanya bertindak sebagai pengutip hutang pinjaman dan BUKAN bertindak sebagai pembayar hutang (jika peminjam gagal membayar bayaran pinjaman yang sepatutnya).

Demi menjaga kepentingan anggota-anggota Koperasi dan keupayaan kawalan modal yang positif maka pihak koperasi menetapkan syarat pembiayaan sebanyak RM2,000 ke atas memerlukan seorang penjamin dari kalangan anggota KOPUBI Perak Bhd.

Syarat-syarat Penjam untuk Pembiayaan Peribadi Bai’ Al-Inah KOPUBI Perak Bhd

Sebarang pertanyaan berkaitan Skim Pembiayaan Peribadi i-Mikro Bai’ Al-Inah KOPUBI Perak Bhd ini boleh dibuat dengan menghubungi kami di talian 05-322 7207 atau 011-6568 3924.

Anda juga boleh hadir ke pejabat kami di dalam Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd., No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak untuk urusan permohonan.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan. Insyallah..