
MORATORIUM PEMBIAYAAN BANK DISEBABKAN OLEH WABAK COVID-19
Apa itu moratorium?
Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda.
Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran peribadi atau rumah atau kenderaan atau lain-lain selama 6 bulan, bayaran ansuran akan bersambung setelah tempoh moratorium tamat.
Bantuan Khas Untuk Golongan Sasar Yang Terkesan Akibat Wabak Covid-19 –>
Persatuan Bank dalam Malaysia mengumumkan ahli-ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak COVID-19 ini.
Antara bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi membuat pengumuman menawarkan moratorium kepada pelanggan mereka baik individu atau syarikat kecil dan sederhana adalah:
- Maybank dan Maybank Islamic
- CIMB Bank dan CIMB Bank Islamic
- SME Bank
- Alliance Bank
- Affin Bank dan Affin Islamic
- Bank Simpanan Nasional
- Public Bank dan Public Islamic Bank
- RHB Bank dan RHB Islamic Bank
- Agro Bank
- Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank
- Bank Rakyat
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
Permohonan moratorium boleh dibuat di cawangan-cawangan bank atau melalui telefon bank masing-masing.
Dirasmikan Dengan Solat Jumaat, Pasaraya Milik Bumiputera Islam Kini Dibuka –>

KOMEN TERKINI