MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEDUA KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah entiti yang berintegriti telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang telah pun berlangsung pada 15hb Ogos yang lalu.

Alhamdulillah, walaupun masih di dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, KOPUBI dapat melaksanakan tanggungjawab besar ini dan berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan tersebut mengikut peruntukan Undang-undang Kecil yang sedia ada.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-2 ini telah dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan telah dihadiri oleh 1/3 daripada anggota yang berdaftar sehingga 31hb Disember 2019 yang lalu.

Baca Lanjut

PERSEDIAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2 KOPUBI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 14hb Ogos 2020 yang lalu, Ahli Lembaga Koperasi telah berkumpul untuk membuat persiapan bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang telah pun berlangsung pada 15hb Ogos yang lalu.

Alhamdulillah, walaupun masih di dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, KOPUBI dapat melaksanakan tanggungjawab bagi melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan mengikut peruntukan Undang-undang Kecil yang ada.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-2 ini akan dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan dan akan dihadiri oleh anggota yang berdaftar sehinga 31hb Disember 2019 yang lalu.

Baca Lanjut

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA BARISAN AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK SESI 2019 – 2022 YANG BAHARU DILANTIK SECARA RASMI

ALHAMDULILLAH, BARISAN AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK BAGI SESI 2019 – 2022 TELAH BERJAYA DIBENTUK PADA MENSYUARAT AGUNG PUBI PERAK KALI KE-3 TEMPOH HARI.

Pada 10hb Februari 2019 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kali Ke-3 yang telah berlangsung di Hotel Casuarina @ Meru dengan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Hasnul Zulkarnain Abd Munaim selaku selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Kerajaan Negeri Perak.

Baca Lanjut

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUBI PERAK KALI KE-3

PUBI PERAK SEBAGAI SEBUAH NGO YANG BERDAFTAR TELAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA UNTUK MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SEPERTI MANA YANG TELAH TERMAKTUP DI DALAM PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN.

Pada 10hb Februari 2019, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kali Ke-3 berserta dengan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Hasnul Zulkarnain Abd Munaim selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Kerajaan Negeri Perak.

Baca Lanjut