fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUBI PERAK KALI KE-3

PUBI PERAK SEBAGAI SEBUAH NGO YANG BERDAFTAR TELAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA UNTUK MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SEPERTI MANA YANG TELAH TERMAKTUP DI DALAM PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN.

Pada 10hb Februari 2019, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kali Ke-3 berserta dengan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Hasnul Zulkarnain Abd Munaim selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Kerajaan Negeri Perak.

Klik untuk melihat gambar-gambar Mesyuarat Agung Tahunan PUBI Perak Kali Ke-3 –>

Majls Perasmian dan Mesyuarat Agung Tahunan ini telah berlangsung dengan jayanua di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh Perak dan dihadiri oleh lebih 50 orang Ahli Persatuan yang berdaftar.

Alhamdulillah, Majlis Perasmian yang berlangsung telah mengikut jadual dan Yang Berhormat telah memberikan ucapannya dengan baik sekali serta memuji PUBI Perak sebagai salah sebuah NGO yang sangat Aktif dan berjaya di bandaraya Ipoh ini.


Yang Berhormat Hasnul Zulkarnain Abd Munaim selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Kerajaan Negeri Perak telah hadir sebagai Perasmi Mesyaurat.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-3 juga telah berlangsung dengan lancar dan telah dipengerusikan oleh Pengerusi Persatuan iaitu En. Sharul Baha Abd Rahman.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan PUBI Perak kali ini juga telah berlangsung Majlis Pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang baharu bagi sesi 2019-22.

Pada pemilihan tersebut, Penyandang jawatan Pengerusi Persatuan iaitu En. Sharul Baha Bin Abd Rahman telah menang tanpa bertanding dan Jawatan Pengerusi PUBI Perak juga iaitu En Nor Adzman Bin Nali @ Razali juga menang jawatan tersebut tanpa bertanding.

Seramai 7 Ahli Jawatankuasa Induk bagi sesi 2019-22 juga telah dipilih dan Ahli Mesyuarat telah sebulat suara memilih Ahli Jawatankuasa Induk yang baharu di mana 3 Ahli Jawatankuasa yang baharu dikekalkan serta 4 orang Ahli Jawatankuasa yang baharu.


Barisan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak Sesi 2019-22

Senarai Penuh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak bagi sesi 2019-22 adalah seperti berikut;

Ahli Majlis Tertinggi

Pengerusi – En. Sharul Baha Bin Abd Rahman
Timbalan Pengerusi – En Nor Adzman Bin Nali @ Razali
Naib Pengerusi – En Mohd Fhami Bin Mohamed Noordin
Setiausaha Agung – En Mohamad Jamean Bin Zulkepli
Bendahari Agung – Cik Zarina Binti Che Zam
Penolong Setiausaha – En Muhammad Shieth Bin Abdul Haris
Penolong Bendahari – Cik Mawardah Binti Husni

Ahli Jawatankuasa Induk:

1. En Kudus Alie Novel Bin Mahamat Yunus
2. Pn Mariah Binti Yeop Dris
3. Pn Seri Malati Binti Asril
4. Pn Zuraida Binti Zulkepli
5. En Shahrul Izam Bin Mustafa
6. Pn Norhuda Binti Abd Razak
7. En Shaharizad Bin Shahrul Asmawi

Mesyuarat Agung Tahunan PUBI Perak kali ke-3 ini juga telah mendapat liputan dari media iaitu Sinar Harian dan Perak Today.


Keratan Akhbar Sinar Harian bertarikh 11.02.2019

Semoga PUBI Perak terus mengorak langkah dan menjadi NGO yang disegani dan dihormati di bandaraya Ipoh ini serta menjadi tonggak kepada kemajuan ekonomi di Negeri Perak ini secara khususnya.

Insyallah..



BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 011-65683924.
All images are copyrighted to their respective owners.