ALHAMDULILLAH, BARISAN AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK BAGI SESI 2019 – 2022 TELAH BERJAYA DIBENTUK PADA MENSYUARAT AGUNG PUBI PERAK KALI KE-3 TEMPOH HARI.
Pada 10hb Februari 2019 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kali Ke-3 yang telah berlangsung di Hotel Casuarina @ Meru dengan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Hasnul Zulkarnain Abd Munaim selaku selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Kerajaan Negeri Perak.
Pada Mesyuarat Agung Tahunan PUBI Perak kali ini juga telah berlangsung Majlis Pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang baharu bagi sesi 2019 – 2022.
Pada pemilihan tersebut, Penyandang jawatan Pengerusi Persatuan iaitu En. Sharul Baha Bin Abd Rahman telah menang tanpa bertanding dan Jawatan Pengerusi PUBI Perak juga iaitu En. Nor Adzman Bin Nali @ Razali juga menang jawatan tersebut tanpa bertanding.
Seramai 7 Ahli Jawatankuasa Induk bagi sesi 2019-22 juga telah dipilih dan Ahli Mesyuarat telah sebulat suara memilih Ahli Jawatankuasa Induk yang baharu di mana 3 Ahli Jawatankuasa yang baharu dikekalkan serta 4 orang Ahli Jawatankuasa yang baharu.
Senarai Penuh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak bagi sesi 2019-22 adalah seperti berikut;
Ahli Majlis Tertinggi
Pengerusi – En. Sharul Baha Bin Abd Rahman
Timbalan Pengerusi – En Nor Adzman Bin Nali @ Razali
Naib Pengerusi – En Mohd Fhami Bin Mohamed Noordin
Setiausaha Agung – En Mohamad Jamean Bin Zulkepli
Bendahari Agung – Cik Zarina Binti Che Zam
Penolong Setiausaha – En Muhammad Shieth Bin Abdul Haris
Penolong Bendahari – Cik Mawardah Binti Yusni
Ahli Jawatankuasa Induk:
1. En Kudus Alie Novel Bin Mahamat Yunus
2. Pn Mariah Binti Yeop Dris
3. Pn Seri Melati Binti Asril
4. Pn Zuraida Binti Zulkepli
5. En Shahrul Izam Bin Mustafa
6. Pn Norhuda Binti Abd Razak
7. En Shaharizad Bin Shahrul Asmawi
Juruaudit Dalaman:
1. Pn Yusniyati Binti Usop
2. En Mohd Ridzuan Bin Mohd
Ahli Jawatankuasa Biasa:
1. Pn Jamaliah Binti Md Yatim
2. En. Zulkifli Bin Ismail
3. Pn Azmira Binti Abd Razak
4. Cik Nur Syuhaida Binti Che Wai
5. Pn. Samsiah Binti Abdullah @ Ahmad
6. Pn Zureimi Binti Zulkepli
7. Pn Nor Azlina Binti Omar
Semoga dengan pelantikan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang baharu ini akan membawa PUBI Perak ke satu tahap yang lebih tinggi serta akan menjadi sebuah NGO yang sangat disegani dan dihormati di Bandaraya Ipoh ini.
Insyallah..
KOMEN TERKINI