INFO: DANANITA MARA 2022 – SKIM PEMBIAYAAN WANITA HINGGA RM150,000
Berita baik untuk usahawan wanita, MARA menawarkan Skim DanaNITA khusus untuk anda menyediakan pelbagai keperluan perniagaan seperti modal pusingan dan pembelian mesin.
DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan Khusus Untuk Wanita yang bertujuan memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
Ikuti info lengkap di bawah untuk anda yang berminat untuk membuat permohonan.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Semakan Tarikh Bayaran Dan Syarat Kelayakan BKM Fasa1 2022
APAKAH DanaNITA MARA 2022?
DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan
Ia bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
Berikut adalah skop pembiayaan DANANITA yang ditetapkan oleh Kerajaan menerusi Bajet 2022:
Perkara | Penerangan |
---|---|
Skop Pembiayaan | Modal Pusingan Pembelian Mesin dan Peralatan |
Had Pembiayaan | RM150,000 |
Tempoh Pembiayaan | 1-10 tahun (12-120 bulan) |
Jaminan/ Cagaran | Dikecualikan bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah Pembiayaan RM50,001 hingga RM150,000: i) Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau ii) Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau iii) Gabungan kedua-duanya sekali; atau iv) Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan |
Kadar Keuntungan | 3.5% |
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
31 Disember 2022
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun
- Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
- Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
- Perniagaan Patuh Syariah
- Bebas daripada Senarai Hitam MARA
Kelonggaran Syarat:
- Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
- Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
- Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
- Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
- Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan
CARA PERMOHONAN DanaNITA MARA 2022
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online application) menerusi portal rasmi Majlis Amanah
Rakyat (MARA).
Sila ikuti langkah berikut untuk permohonan online:
- Layari https://www.mara.gov.my/
- Pilih E-Perkhidmatan / MyUsahawan
- Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA
- Daftar dan Mohon DanaNITA MARA di http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx
- Sediakan dokumen mengikut Senarai Semak berikut: http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdf
- Hantar permohonan.
Status permohonan boleh disemak secara atas talian melalui sistem yang sama atau menghubungi Pejabat MARA Daerah (PMD) melalui emel atau telefon.
Rujuk panduan penuh:
Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.
MAKLUMAT LANJUT
Pertanyaan lanjut boleh diemelkan kepada infobpn@mara.gov.my atau menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA atau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri (PMN).
Hotline: 03 2613 2000
E-mel: infobpn@mara.gov.my
Baca selanjutnya tentang skim ini:
- https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/dananita.html
- https://www.mara.gov.my/bm/menu_keusahawanan/kemudahan-sokongan/pembiayaan-perniagaan/dananita/#tab-id-2
Hubungi Pejabat MARA Daerah terdekat untuk maklumat lanjut atau layari http://aplikasi.mara.gov.my/MyUsahawan/
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI