MAIPk PERKENAL BAYARAN ZAKAT MELALUI SHOPEE

TERKINI: MAIPk PERKENAL BAYARAN ZAKAT MELALUI SHOPEE

Ipoh: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperkenalkan platform e-dagang Shopee sebagai satu daripada medium pembayaran zakat bermula Jumaat ini untuk memudahkan pembayar.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Shahrul Azam Shaari berkata pemilihan platform e-dagang itu seiring dengan perkembangan terkini berikutan masyarakat semakin memilih transaksi bayaran dan pembelian dalam talian yang lebih mudah dan cepat.

Katanya, para pengguna boleh membayar zakat dengan memilih ‘Deals, Top-ups & Bills’ dalam aplikasi Shopee dan seterusnya mengikuti langkah-langkah mudah yang disediakan. 

Baca Lanjut

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 ZAKAT PERAK

INF0: PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 ZAKAT PERAK

Bagi keluarga di Negeri Perak yang kurang berkemampuan dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah pada tahun 2021, anda boleh memohon Skim Bantuan Persekolahan daripada Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPk).

Untuk makluman, Skim Bantuan Persekolahan ini diberikan untuk meringankan beban asnaf di Negeri Perak untuk menanggung persekolahan anak-anak mereka pada sesi persekolahan 2021.

Selain ini, skim bantuan ini juga mampu mengelakkan anak-anak di Negeri Perak tercicir daripada mendapat pendidikan akibat wujudnya kekangan kewangan keluarga.

Baca Lanjut

BANTUAN BINA RUMAH – MAIPK

Gambar – Perak Today

INFO: BANTUAN BINA RUMAH – MAIPK

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menjadi agensi terbesar di negeri ini dalam menyediakan inisiatif bantuan membina dan membaik pulih rumah kepada golongan yang memerlukan dengan peruntukan agihan zakat hampir RM20 juta setiap tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari, lebih RM13 juta diperuntukan untuk membina 290 rumah baru di bawah program pembangunan sosial dan RM6.64 juta bagi menyelenggara 481 rumah, bagi tahun lalu.

Katanya, jumlah tersebut selari dengan sasaran MAIPk iaitu sekurang-kurangnya menyediakan 300 buah rumah baru dan membantu baik pulih 500 rumah golongan asnaf pada setiap tahun.

Baca Lanjut

BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk TELAH DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN PENERIMA

BERITA BAIK – BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk TELAH DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN PENERIMA

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) yang telah melancarkan bantuan khas kelangsungan hidup baru-baru ini telah mula menyalurkan wang bantuan tersebut ke dalam akaun penerima masing-masing mulai hari ini.

MAIPk yang menyedari bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ekoran penularan wabak Covid-19 di seluruh negara telah memberikan impak dan kesan kepada rakyat amnya dan asnaf di negeri Perak khasnya.

Justeru itu, dalam kesungguhan MAIPk membela dan menyantuni hak asnaf dan pada 25hb Mac 2020 yang lalu, Pihak MAIPk dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah AlMaghfur-Lah bersama beberapa rakan strategik telah memperuntukkan Dana Khas Agihan Zakat bertujuan meringankan bebanan rakyat dan membantu usaha pelbagai pihak menghadapi pandemik Wabak Covid-19.

Baca Lanjut