LATIHAN & PERJUMPAAN TEAM SALES KOPUBI DENGAN CEO D’AMAN RESIDENSI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 7 & 8hb Januari 2020 yang lalu telah berlangsung sesi latihan dan perjumpaan di antara ‘Team Sales’ KOPUBI Perak Bhd dengan Pihak Pengurusan D’Aman Residensi SDN Bhd.

Hampir 15 orang ‘Team Sales’ KOPUBI Perak Bhd yang terdiri daripada Eksekutif Pemasaran Koperasi (EPK) dan Pengurus Pemasaran Koperasi (PPK) telah hadir ke sesi ini.

Sesi latihan yang berlangsung pada 7hb telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pengerusi KOPUBI iaitu En Sharul Baha Abd Rahman.

Baca Lanjut

SETUJUKAH ANDA SERAI SEBAGAI PENGGANTI STRAW MINUMAN?

TULAR BARU-BARU INI BATANG SERAI DICADANGKAN SEBAGAI PENGGANTI STRAW MINUMAN.

Ada pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dan menjadi perbincangan hangat di media sosial sejak kebelakangan ini.

Ada yang mengecam, ada pula yang menyokong dan memberi pandangan positif bahawa itu adakah inovasi yang terbaik untuk menggantikan straw minuman,

Umum pengetahui bahawa kita sudah biasa dengan penggunaan straw plastik yang ternyata memberi kesan buruk kepada alam sekitar semua.

Jika dibiarkan penggunaan straw plastik ini, maka nescaya dunia ini akan dipenuhi dengan bahan-bahan buangan yang sukar dilupuskan.

Baca Lanjut

PENYERAHAN MANFAAT & INSENTIF KUMPULAN PUBI 2020

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN TELAH MENGGARISKAN BEBERAPA MANFAAT UNTUK DINIKMATI OLEH SETIAP AHLI DAN ANGGOTA BERDAFTAR YANG BERNAUNG DI BAWAH PAYUNG KUMPULAN INI.

Terkini pada 12hb Januari 2020 yang lalu, Kumpulan PUBI telah melaksanakan tanggungjawabnya kepada seluruh ahli/anggota kumpulannya dengan melaksanakan amanahnya sebagai salah sebuah entiti yang menjaga kebajikan serta kesejahteraan ahli/anggotanya.

Sebuah majlis yang sederhana telah berlangsung pada hari tersebut bagi menyerahkan 3 Manfaat dan Insentif yang ditawarkan kepada ahli/anggota iaitu;

  • Manfaat Khairat Kematian untuk ahli dan anggota keluarga Kumpulan PUBI
  • Insentif Bantuan Persekolahan Kumpulan PUBI
  • Insentif Anugerah Intelek Kumpulan PUBI
Baca Lanjut

MANFAAT & INSENTIF KUMPULAN PUBI 2020

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN TELAH MENGGARISKAN BEBERAPA MANFAAT UNTUK DINIKMATI OLEH SETIAP AHLI DAN ANGGOTA BERDAFTAR YANG BERNAUNG DI BAWAH PAYUNG KUMPULAN INI.

Sempena tahun 2020 yang menerpa kita, Kumpulan PUBI telah mengorak langkah dengan mengumumkan beberapa Manfaat Ekslusif serta Insentif 2020 yang bakal dinikmati oleh lebih 500 ahli dan anggota yang bernaung di bawah Kumpulan ahli-ahli Pasar Malam yang berniaga di Pasar Malam anjuran PUBI Perak.

Kumpulan PUBI sangat yakin dan berharap agar dengan manfaat serta insentif yang disediakan ini akan dapat menyemarakkan lagi semangat kekitaan serta semangat satu pasukan di kalangan ahli dan anggota Kumpulan PUBI disamping akan menyatu-padukan kita di bawah satu payung yang memupuk semangat keusahawanan yang tinggi.

Kumpulan PUBI terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI)
Baca Lanjut