KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK
Terkini pada 7 & 8hb Januari 2020 yang lalu telah berlangsung sesi latihan dan perjumpaan di antara ‘Team Sales’ KOPUBI Perak Bhd dengan Pihak Pengurusan D’Aman Residensi SDN Bhd.
Hampir 15 orang ‘Team Sales’ KOPUBI Perak Bhd yang terdiri daripada Eksekutif Pemasaran Koperasi (EPK) dan Pengurus Pemasaran Koperasi (PPK) telah hadir ke sesi ini.
Sesi latihan yang berlangsung pada 7hb telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pengerusi KOPUBI iaitu En Sharul Baha Abd Rahman.
Alhamdulillah sambutan yang diberikan sangatlah menggalakkan dan diikuti dengan sesi perjumpaan ‘team sales’ ini dengan Pihak Pengurusan D’Aman Residensi Sdn Bhd yang berlangsung pada 8hb.
Pada sesi perjumpaan team sales KOPUBI itu, pihak pengurusan D’Aman Residensi telah dihadiri oleh CEO syarikat itu sendiri Mr Ong Teen Boon, Pengarah D’Aman Toh Muda Azman Yeop Junior dan COO En. Adnan.
Kedua-dua sesi ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya yang tersendiri.
Untuk makluman semua, KOPUBI Perak Bhd telah mewujudkan peluang kerjaya kepada seluruh warga Negeri Perak yang ingin menambah pendapatan masing-masing.
Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan aktiviti dan kegiatan ekonomi di Negeri Perak disamping menawarkan peluang peningkatan ekonomi serta penambahan dari segi pendapatan khusus buat warga Perak.
Berminat untuk menjadi Agen Jualan Produk Biodegradable kami –>
KELEBIHAN EKSEKUTIF PEMASARAN KOPERASI;
1) Gaji yang lumayan
2) Waktu kerja yang fleksible
3) Latihan disediakan
4) Bonus tahunan yang lumayan
5) Anugerah pengiktirafan serta trip melancong percuma
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN;
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun
3) Terbuka kepada semua bangsa
4) Berpengalaman didalam bidang pemasaran, takaful, agen cookoo, coway, MLM adalah keutamaan
5) Mempunyai sifat ingin belajar dan sedia menerima teguran
6) Jujur dan amanah
7) Boleh bekerja tanpa pengawasan
8) Berdaya saing dan sentiasa ingin memajukan diri
Jika anda yang kami cari, Sila klik link di bawah ini untuk memohon;
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 05-322 3924 ATAU 011-6568 3924.
Diharapkan kita semua memperoleh kejayaan dan manfaat daripada apa yang ditawarkan ini.
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan.
Insyallah.. 🤲
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..
Tuan Kudus Alie Novel Bin Mohamat Yunus
TImbalan Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
KOMEN TERKINI