MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPUBI PERAK BHD. BIL 01-2021

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 31hb Mac 2021 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil.01/2021 bagi sesi tahun 2020/2021 di Pejabat Urusan PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd, Station 18 Ipoh Perak.

Mesyuarat kali pertama bagi tahun 2021 ini telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi diadakan setiap 3 bulan sekali bagi membincangkan hal ehwal pengurusan koperasi serta kewangan dan aktiviti ekonomi koperasi yang bakal dijalankan pada suku pertama yang lalu dan suku tahun kedua bagi tahun 2021 ini.

Mesyuarat yang berlangsung ini telah berjalan dengan baik dan dihadiri oleh semua Ahli Lembaga yang sangat komited untuk membangunkan serta memajukan gerakan koperasi di Negeri Perak terutamanya disamping meningkatkan ekonomi di Bandar Ipoh ini.

Baca Lanjut

SELAMAT TAHUN BARU 2021

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2021

KUMPULAN PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) ingin mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia Selamat Menyambut Tahun Baru 2021.

Semoga tahun 2021 akan membawa perubahan yang mampan di dalam agenda keusahawanan yang telah diterajui oleh Kumpulan PUBI selama ini dan semoga usaha untuk terus memperjuangkan nasib rakyat terutamanya golongan usahawan, bakal usahawan belia akan berjaya dilaksanakan disamping menjadi peneraju kepada gerakan koperasi di Negeri Perak ini. Insyallah!

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

MAJLIS TANDATANGAN PERJANJIAN PEMBIAYAAN AGRO BANK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 18hb Disember 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd sekali lagi telah dijemput untuk hadir ke Pejabat AGRO Bank Cawangan Ipoh bagi menandatangani Perjanjian Akhir Pembiayaan bagi projek Usahasama Ladang Harapan anjuran SADC Perak.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman, Bendahari Koperasi Pn. Sham dan Setiausaha Koperasi Saudara Mohamad Jamean.

Umum sedia maklum bahawa sebanyak 8 buah koperasi di Negeri Perak telah terpilih untuk menyertai projek ladang harapan anjuran SADC Perak ini dan KOPUBI Perak Bhd adalah salah sebuah koperasi yang sangat bertuah kerana terpilih.

Baca Lanjut

SESI TANDATANGAN PERJANJIAN USAHASAMA BERSAMA KITA MART

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 23hb November 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama bersama salah sebuah Pasaraya Muslim yang sedang meningkat naik di kawasan Station 18, Ipoh Perak iaitu Pasaraya Kita Mart.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan telah disaksikan salah seorang Ahli Lembaga Koperasi iaitu En. Helmi Pn Lynn serta seorang wakil-waki daripada syarikat Kita Mart yang terdiri daripada Ahli Lembaga Syarikat Kita Glokal Plt.

Melalui perjanjian usahasama ini pihak KOPUBI akan dilantik rakan strategik Kita Mart dan telah bersetuju untuk memberi suntikan modal dalam bentuk pembiayaan dari Tabung Usahawan KOPUBI bagi membantu pasaraya ini berkembang maju disamping mampu meningkatkan keupayaan perusahaan dari segi pusingan modal.

Baca Lanjut