KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 18hb Disember 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd sekali lagi telah dijemput untuk hadir ke Pejabat AGRO Bank Cawangan Ipoh bagi menandatangani Perjanjian Akhir Pembiayaan bagi projek Usahasama Ladang Harapan anjuran SADC Perak.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman, Bendahari Koperasi Pn. Sham dan Setiausaha Koperasi Saudara Mohamad Jamean.

Umum sedia maklum bahawa sebanyak 8 buah koperasi di Negeri Perak telah terpilih untuk menyertai projek ladang harapan anjuran SADC Perak ini dan KOPUBI Perak Bhd adalah salah sebuah koperasi yang sangat bertuah kerana terpilih.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Sesi Tandatangan Perjanjian Usahasama Bersama Kita Mart

Pihak KOPUBI Perak Bhd sangat berpuas hati dengan isi kandungan perjanjian dan sangat berbesar hati untuk meneruskan projek tersebut serta sangat teruja dengan peluang yang diberikan oleh pihak AGRO Bank dan juga SADC Perak.

KOPUBI Perak Bhd juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas usaha dan inisiatif yang diambil oleh SADC Perak di dalam usaha membantu gerakan koperasi di Negeri Perak ini bagi mengembangkan ekonomi disamping meningkatkan pendapatan koperasi masing-masing.

Setinggi terima kasih juga kepada pihak AGRO Bank yang sudi memberi pembiayaan mudah bagi pihak koperasi dan dengan bantuan modal yang diberikan ini telah memberi sedikit kekuatan modal bagi pihak koperasi membiayai projek Ladang Harapan tersebut.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah..

#KOPUBIPerakBhd
#KOPUBI
#KoperasiUsahawan
#KumpulanPUBI