KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 31hb Mac 2021 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil.01/2021 bagi sesi tahun 2020/2021 di Pejabat Urusan PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd, Station 18 Ipoh Perak.

Mesyuarat kali pertama bagi tahun 2021 ini telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi diadakan setiap 3 bulan sekali bagi membincangkan hal ehwal pengurusan koperasi serta kewangan dan aktiviti ekonomi koperasi yang bakal dijalankan pada suku pertama yang lalu dan suku tahun kedua bagi tahun 2021 ini.

Mesyuarat yang berlangsung ini telah berjalan dengan baik dan dihadiri oleh semua Ahli Lembaga yang sangat komited untuk membangunkan serta memajukan gerakan koperasi di Negeri Perak terutamanya disamping meningkatkan ekonomi di Bandar Ipoh ini.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Majlis Aspirasi Dan Sesi Dialog Gerakan Koperasi Negeri Perak 2021

Pada mesyuarat ini juga diumumkan pelantikan 3 orang Pemangku Ahli Lembaga yang baharu iaitu Pn. Zuraida Zulkepli, Pn Siti Zaharah Mohd Ali dan Encik Sa Kar Wai. Mereka dilantik bagi mengantikan Ahli Lembaga yang telah meletak jawatan di atas faktor masing-masing.

Semoga dengan pelantikan ini akan memaju Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd sebagai salah sebuah koperasi yang berjaya di Negeri Perak ini seterusnya menjadi contoh kepada koperasi-koperasi lain yang sedang meningkat naik.

Jutaan terima kasih kepada seluruh Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd ini yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat serta beriltizam tinggi untuk mengharumkan serta menaikkan nama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke persada yang lebih tinggi.

Didoakan agar dipermudahkan segala urusan Ahli Lembaga ini di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi di dalam usaha membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak dan semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi