KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 23hb November 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama bersama salah sebuah Pasaraya Muslim yang sedang meningkat naik di kawasan Station 18, Ipoh Perak iaitu Pasaraya Kita Mart.
Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan telah disaksikan salah seorang Ahli Lembaga Koperasi iaitu En. Helmi Pn Lynn serta seorang wakil-waki daripada syarikat Kita Mart yang terdiri daripada Ahli Lembaga Syarikat Kita Glokal Plt.
Melalui perjanjian usahasama ini pihak KOPUBI akan dilantik rakan strategik Kita Mart dan telah bersetuju untuk memberi suntikan modal dalam bentuk pembiayaan dari Tabung Usahawan KOPUBI bagi membantu pasaraya ini berkembang maju disamping mampu meningkatkan keupayaan perusahaan dari segi pusingan modal.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Pembukaan Operasi J&T Express PRK413 Milik KOPUBI Perak Bhd
Selain itu, kerjasama yang terjalin ini akan meliputi penggunaan jenama masing-masing bagi tujuan promosi dan pemasaran di samping melantik Pasaraya Kita Mart sebagai pembekal rasmi Kotak Bantuan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan pada masa hadapan.
KOPUBI sangat percaya dan yakin ini adalah satu usahasama yang mampu menjana pendapatan semula kepada KOPUBI serta memberi pulangan yang tinggi seterusnya mampu meningkatkan ekonomi anggota koperasi melalui pengagihan dividen yang agak tinggi pada masa akan datang.
Insyallah, sasaran dividen sebanyak 15% setahun pada masa akan datang adalah tidak mustahil melalui projek-projek yang berdaya maju dan telah dilaksanakan ini melibatkan KOPUBI Perak Bhd.
Setelah temerai perjanjian ini maka akan bermulalah sebuah episod baharu KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha mencakna ekonomi di Negeri Perak ini.
Melalui usaha ini juga, pihak KOPUBI Perak Bhd dijangka akan menjana pendapatan yang kosisten serta menguntungkan dan akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada peningkatan ekonomi KOPUBI Perak Bhd.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.
Semoga usaha ini memjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
#KOPUBI
#KoperasiUsahawan
#MencaknaEkonomiBangsa
#GerakanKoperasi
#Malaysia
KOMEN TERKINI