KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT YB DR ABDUL AZIZ BIN BARI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 05hb Februari 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat YB Dr Abdul Aziz Bin Bari selaku Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Negeri Perak di bangunan SUK Negeri Perak.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah En. Sharul Rahman selaku pengerusi koperasi dan turut disertai oleh Ahli Lembaga Koperasi En Mohd Fhami merangkap Timbalan Pengerusi PUBI Perak.

Pada perjumpaan ini, KOPUBI Perak Bhd telah diberi kesempatan untuk membentangkan kertas kerja bagi pelaksanaan Kempen Kelestarian Alam Peringkat Negeri Perak dengan anjuran Bersama Pejabat Yang Berhormat.

Baca Lanjut

AKTIVITI MEMPROMOSI KEMPEN KEANGGOTAAN KOPUBI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 01hb dan 08hb Januari 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd telah mengadakan aktiviti mempromosi kempen keanggotaan KOPUBI Perak Bhd di Pasar Tani Stadium Perak, Ipoh Perak.

Alhamdulillah, sambutan pengunjung-pengunjung di Pasar Tani ini adalah sangat menggalakkan di mana para pengunjung mengambil peluang dan kesempatan untuk mendapat maklumat tentang manfaat-manfaat yang nakal diperolehi oleh mereka sekiranya mendaftar sebagai anggota KOPUBI Perak Bhd seterusnya mendaftar sebagai anggota koperasi ini.

Untuk pengetahuan semua KOPUBI Perak Bhd adalah sebuah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan telah diaudit sepenuhnya oleh suruhanjaya ini.

Baca Lanjut

TABUNG USAHAWAN 2020 KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 24hb Januari 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd telah memeterai Perjanjian Kerjasama & Hak Ekslusif Rakan Niaga di antara KOPUBI Perak Bhd dan syarikat Wira Wahyu Enterprise.

KOPUBI sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang prihatin telah mengeluar sejumlah modal dari Tabung Usahawan KOPUBI bagi pembelian Produk keluaran syarikat iaitu iaitu ‘Minyak Aroma Therapy Bidara Leman & Cengkih’.

Melalui perjanjian usahasama ini, pihak Wira Wahyu bersetuju untuk melatih sehingga berjaya sekurang-kurangnya 5 orang anak muda untuk menjalankan perniagaan jualan langsung seterusnya akan menjadi usahawan yang berjaya kelak.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN DENGAN CEO HOSPITAL PANTAI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 23hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah mengadakan perjumpaan tidak rasmi dengan CEO Hospital Pantai iaitu Miss Ms Chong Siet Fong dan Team Food & Dietition Hospital Pantai iaitu Pn Shima & En Zul.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk menguruskan ‘final stage’ pendaftaran KOPUB Perak Bhd sebagai pembekal Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ edaran KOPUBI Perak Bhd untuk kegunaan hospital ini.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi En. Sharul Rahman dan Ahli Lembaga Koperasi En. Mohd Fhami.

Baca Lanjut