KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 23hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah mengadakan perjumpaan tidak rasmi dengan CEO Hospital Pantai iaitu Miss Ms Chong Siet Fong dan Team Food & Dietition Hospital Pantai iaitu Pn Shima & En Zul.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk menguruskan ‘final stage’ pendaftaran KOPUB Perak Bhd sebagai pembekal Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ edaran KOPUBI Perak Bhd untuk kegunaan hospital ini.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi En. Sharul Rahman dan Ahli Lembaga Koperasi En. Mohd Fhami.

Alhamdulillah, perbincangan pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan diharapkan segala usaha yang dilakukan oleh pihak Ahli Lembaga Koperasi akan membuahkan hasil serta memberi impak kepada ekonomi di Negeri Perak ini.

Seluruh Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd juga sangat terharu dengan sambutan dan sokongan pihak daripada pihak Hospital Pantai kerana sudi menyahut cabaran Kempen Menyelamatkan Bumi yang telah dianjurkan oleh pihak KOPUBI Perak Bhd.

Semoga dengan usaha ini, alam sekitar kita akan bebas daripada penggunaan ‘singgle plastik used’ yang bukan sahaja megamcam kehidupan di dunia malah akan meberi kesan yang buruk kepada alam sekitar kita.

Tahniah La Parra Ipoh Kerana Menyintai Alam Sekitar –>

Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd sedang menerangkan kelebihan produk Biodegradable KOPUBI kepada Team Dietition Hospital Pantai iaitu Pn Shima & En Zul.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA JUGA, KOPUBI PERAK BHD ADALAH PEMBEKAL UTAMA PRODUK-PRODUK BIODEGRADABLE DI NEGERI PERAK!

PRODUK UTAMA KAMI ADALAH ‘PAPER STRAW’

Apa itu Paper Straw?? Paper Straw adalah penghirup minuman yang diperbuat daripada kertas yang mudah lupus dan sangat selamat untuk bumi kita.

Untuk makluman semua, produk paper straw KOPUBI Perak Bhd ini adalah ‘Product Biodegradable’ iaitu produk pengguna yang mesra alam, mudah urai dan senang dilupuskan secara semulajadi. Dengan penggunaan produk yang mesra alam ini kita mampu menyelamatkan bumi kita yang sedang tenat.

Untuk makluman semua juga, produk plastik pakai buang seperti pembungkus makanan dan minuman mahupun straw plastik yang kita gunakan sehari-harian, mengambil masa sehingga 100-500 tahun untuk dilupuskan dan sebenarnya tiada tempoh yang pasti bahawa bahan-bahan ini benar-benar akan reput atau lupus.

Berbeza dengan produk mudah urai (Biodegradable) ini, ianya hanya mengambil masa kurang dari 4 bulan untuk reput dan terurai dengan sendirinya.

Penggunaan bekas polisterin dan straw bukan saja tidak mudah lupus malah boleh menyebabkan pencemaran dan menghasilkan bahan kimia yang mengancam kesihatan manusia serta dikaitkan dengan pelbagai penyakit terutamanya kanser,

KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang prihatin dan menyintai alam sekitar dengan ini menyeru kepada semua pemilik-pemilik restoran, kedai makan, food court dan sebagainya untuk sama-sama mengambil tanggungjawab untuk memelihara bumi kita.

Demi menjaga alam sekitar kita yang kian terancam ini, maka marilah kita sama-sama bertukar kepada Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ ini. Segalanya bermula dari anda! Melalui usaha murni yang bakal anda laksanakan ini maka akan tercapailah matlamat kita untuk memelihara bumi malah kesannya nanti akan dinikmati bersama oleh anak dan cucu cicit kita pada masa hadapan.

Terkini, kami selaku sebuah Koperasi Usahawan yang berdaya maju ingin menawarkan HARGA RUNTUH DAN HARGA KILANG KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG TERDIRI DARIPADA TOKEH RESTORAN, PENGUSAHA PERNIAGAAN F&B, PEMILIK HOTEL UNTUK PRODUK MENDAPATKAB PRODUK BIODEGRADABLE ‘PAPER STRAW’ KOPUBI PERAK BHD!

Tak Perlu Batang Serai Sebagai Straw Minuman –>

KELEBIHAN UTAMA PRODUK ‘BIODEGRADABLE PAPER STRAW’ KOPUBI IALAH;

  • 100% Buatan Malaysia
  • Ketahanan serapan air yang lebih lama (330gsm tickness)
  • Diperbuat Daripada ‘Craft Paper’ (Hampas tebu, jagung dan juga padi)
  • Menggunakan gam daripada tumbuh-tumbuhan (Ubi kayu)
  • Dihasilkan dan diproses di dalam kilang bilik bersih (Clean room factory process)
  • Mendapat pengiktirafan daripada FDA (FDA Approved)
  • Bakal mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM

HUBUNGI SEGERA UNTUK INFO LANJUT:
012 595 8082 / 019 577 3924 atau klik link whatsapp di bawah ini;

  1. www.wasap.my/60125958082/Paper+Straw
  2. www.wasap.my/60175773924/Paper+Straw

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD.
NO.57B SUSURAN STATION 18, STATION 18 PASIR PUTEH, 31650 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
05-322 3924 | www.pubiperak.com/koperasi

Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah..

Mohamad Jamean Bin Zulkepli
Setiausaha Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak