CERAMAH KEUSAHAWANAN JEMPUTAN MSU COLLEGE IPOH, PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 25hb Mac 2025 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah dijemput oleh pihak MSU College Ipoh Perak bagi menyampaikan sebuah ceramah berkaitan keusahawanan kepada pelajar yang terlibat dalam bidang keusahawanan.

Baca Lanjut

KURSUS i-PRODIGY @APBMBG 2023 (TIKTOK CLASS)

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 25hb – 27hb September 2023 yang lalu, PUBI Perak telah menghantar wakil bagi menyertai sebuah kursus anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) iaitu i-Prodigy@APBMBG 2023 – TikTok Class.

Kursus selama tiga hari ini telah berlangsung di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah Perak telah dihadiri oleh En Khairul Akmal selaku Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan juga Cik Nur Jazliana selaku Pelajar Latihan Industri di bawah seliaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Baca Lanjut

PROGRAM AGROPRENEUR MUDA: SYARAT KELAYAKAN DAN PANDUAN PERMOHONAN

PROGRAM AGROPRENEUR MUDA: SYARAT KELAYAKAN DAN PANDUAN PERMOHONAN

Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) telah mewujudkan satu program untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro yang dinamakan Program Agropreneur Muda.

Program ini diwujudkan melalui perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) bagi menggalakkan penglibatan kepada golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun sahaja di dalam bidang pertanian.

Melalui program ini, kerajaan mahu menggalakkan golongan muda terlibat dalam sektor keusahawanan agro melalui semua aktiviti dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

Baca Lanjut

TAHNIAH FOLIO ESSENCE EMPIRE!

PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI TAHNIAH KEPADA FOLIO ESSENCE EMPIRE!

Pada sebuah Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) & Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera bersama YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia yang telah berlangsung di Marina Island Hall, Lumut tempoh hari.

Baca Lanjut