PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 25hb – 27hb September 2023 yang lalu, PUBI Perak telah menghantar wakil bagi menyertai sebuah kursus anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) iaitu i-Prodigy@APBMBG 2023 – TikTok Class.

Kursus selama tiga hari ini telah berlangsung di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah Perak telah dihadiri oleh En Khairul Akmal selaku Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan juga Cik Nur Jazliana selaku Pelajar Latihan Industri di bawah seliaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Pemantauan Peserta PEKB 2023 Bagi Bulan September

Modul yang telah dibentangkan pada kursus tersebut adalah Pengenalan Aplikasi TikTok, Konten TikTok, Video TikTok, Topik Praktikal Cipta Video Tiktok dan telah disampaikan oleh Pn Nik Samihah bt Nik Mohamad.

Kursus yang dianjurkan ini mempunyai keunikan yang tersendiri oleh kerana penyampaiannya yang menggabungkan motivasi serta penyampaian yang santai serta tidak membosankan.

Alhamdulilah seramai hampir 30 orang peserta yang terdiri di kalangan belia yang hadir kursus pada ini telah menerima input-input yang sangat berguna dan mampu memberi impak serta kesan yang besar kepada peningkatan perniagaan masing-masing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan