PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI TAHNIAH KEPADA FOLIO ESSENCE EMPIRE!
Pada sebuah Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) & Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera bersama YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia yang telah berlangsung di Marina Island Hall, Lumut tempoh hari.
Salah seorang Ahli berdaftar PUBI Perak iaitu En Shaharizad Bin Shahrul Asmawi telah menerima geran Program Peningkatan Keupayaan Enterprise Bumiputera (BEEP) sebanyak RM47,370.00 daripada SME Corp Malaysia.
Untuk makluman semua, En Shaharizad Bin Shahrul Asmawi juga adalah merupakan salaj seorang Finalis Ikon Usahawan PUBI Perak bagi tahun 2018.
Seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak sangat berbangga dengan pencapaian En Shaharizad Bin Shahrul Asmawi di atas pengiktirafan ini dan mendoakan akan beliau terus sukses di dalam bidang perniagaan yang telah beliau ceburi.
Kejayaan anda adalah inspirasi kepada semua ahli berdaftar PUBI Perak secara khususnya dan secara amnya kepada seluruh usahawan serta bakal usahawan di Negeri Perak ini.
Insyallah..
#PUBIPerak #PersatuanUsahawanBersatuIpohPerak
KOMEN TERKINI