SEBUAH PROGRAM DAN KARNIVAL YANG DIJALANKAN OLEH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN MALAYSIA DAN DISOKONG OLEH PUBI PERAK!

Pada ada 19hb Januari 2019 yang lalu, telah berlangsung Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) & Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera bersama YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia.

Program dan konvensyen ini telah dijalankan serentak dan telah berlangsung di Marina Island Hall, Lumut.

Turut hadir ke Program dan Konvensyen ini adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md. Ramli dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak iaitu YB Asmuni Awi.



Sepanjang program ini booth-booth usahawan bumiputera telah dibuka untuk tujuan pameran dan jualan di mana Ahli PUBI Perak juga telah terlibat.

Seorang Ahli berdaftar PUBI Perak iaitu En Shaharizad Bin Shahrul Asmawi telah menerima geran Program Peningkatan Keupayaan Enterprise Bumiputera (BEEP) daripada SME Corp Malaysia sebanyak RM47,370.00 pada program ini dan untuk makluman semua beliau juga adalah Finalis Ikon Usahawan PUBI Perak bagi tahun 2018.



Turut hadir ke Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) & Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan ini juga adalah Pengerusi PUBI Perak, En. Sharul dan Bendahari Agung, Cik Zarina serta dua orang Pemangku Ahli Jawatankuasa iaitu En Fhami dan En. Sheith.

Alhamdulillah, program dan konvensyen yang berlalu berjalan dengan lancar dan mendapat sambuat yang sangat hebat daripada usahawan-usahawan setempat serta bakal usahawan.

Insyallah..

Klik untuk melihat koleksi gambar Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) & Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera 2019 —>