
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 25hb Mac 2025 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah dijemput oleh pihak MSU College Ipoh Perak bagi menyampaikan sebuah ceramah berkaitan keusahawanan kepada pelajar yang terlibat dalam bidang keusahawanan.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Majlis Iftar Bersama Yayasan Amanah An-Nur Maisarah 2025
Mewakili PUBI Perak bagi menyampaikan ceramah keusahawanan ini adalah En. Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan selaku Setiausaha PUBI Perak.
Program ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai dunia perniagaan sebenar, serta membuka minda mereka tentang peluang dan cabaran yang bakal dihadapi sebagai seorang usahawan.
Melalui perkongsian ilmu, para pelajar didedahkan dengan realiti dunia bisnes, bagaimana memulakan perniagaan, kepentingan inovasi, serta strategi untuk kekal berdaya saing dalam pasaran yang semakin mencabar.
Sepanjang sesi ceramah, para pelajar menunjukkan minat yang mendalam dan bersemangat bertanya soalan, membuktikan bahawa ramai di antara mereka yang bercita-cita menjadi usahawan suatu hari nanti.
Kehadiran En. Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan yang sangat berpengalaman dari PUBI memberikan mereka peluang untuk mendapatkan tip berguna dan panduan praktikal berdasarkan pengalaman sebenar.

Ilmu yang dikongsi bukan sekadar teori, tetapi merupakan realiti dunia keusahawanan yang boleh dijadikan panduan untuk mereka melangkah ke hadapan.
Kami amat berbesar hati dengan sambutan yang luar biasa daripada pelajar-pelajar MSU College Ipoh dan berharap program seperti ini dapat membuka lebih banyak ruang untuk mereka membina masa depan dalam dunia keusahawanan.
Terima kasih kepada pihak MSU College Ipoh atas jemputan dan kerjasama yang diberikan, serta kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
PUBI akan terus komited dalam menyokong pembangunan usahawan muda dan berkongsi ilmu dengan masyarakat.
Insyallah, program ini menjadi titik permulaan untuk lebih ramai usahawan muda yang berjaya dan mampu mencipta perubahan dalam dunia perniagaan!
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah.



KOMEN TERKINI