PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 ATAU e-CAP KWSP

INFO – PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 ATAU e-CAP KWSP

Berita baik untuk semua majikan yang terjejas akibat Coronavirus COVID-19. Kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah membuka permohonan bantuan e-CAP KWSP untuk majikan. Ini membolehkan majikan menangguhkan pembayaran EPF.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) bagi memberi sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik global.

Ramai tahu, pekerja boleh buat pengeluaran i-Lestari. Bagaimana pula dengan majikan? Mereka juga terjejas. Usah bimbang. Kerajaan masih prihatin dengan majikan dan usahawan dengan inisiatif e-CAP.

Baca Lanjut

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE MENGGUNAKAN MAYBANK2U

INFO – CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE MENGGUNAKAN MAYBANK2U

Menurut info dari Pusat Zakat Melaka, zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.

Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau secara internet banking, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku.

Maka, sahlah zakat tersebut. Hukum berzakat dengan cara ini adalah harus.

Baca Lanjut

KADAR ZAKAT FITRAH 2020 MENGIKUT NEGERI & LINK PEMBAYARAN ONLINE

INFO – KADAR ZAKAT FITRAH 2020 MENGIKUT NEGERI & LINK PEMBAYARAN ONLINE

Berikut dikongsikan kadar zakat fitrah 2020 mengikut negeri-negeri di Malaysia.

Turut dikongsikan link pembayaran online bagi memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah anda.

Untuk makluman, mengeluarkan zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib dipatuhi. Terdapat lima Rukun Islam kesemuanya iaitu:

Baca Lanjut

COVID-19: BAYAR ZAKAT FITRAH DALAM TALIAN

Dr Zulkifli menunjuk portal Zakat Online selepas melancarkannya di Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur – Foto BERNAMA

COVID-19: BAYAR ZAKAT FITRAH DALAM TALIAN

KUALA LUMPUR: Kaedah bayaran dalam talian bagi zakat fitrah diperkenalkan untuk memudahkan proses pembayaran dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kaedah diperkenalkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu bertujuan meringankan beban umat Islam dan mengambil kira keadaan semasa.

Selain itu katanya, kaedah kutipan zakat fitrah secara tradisional diteruskan menerusi 919 amil dilantik dengan lokasinya tertakluk kepada PKP dan arahan kerajaan.

Baca Lanjut