INFO – CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE MENGGUNAKAN MAYBANK2U
Menurut info dari Pusat Zakat Melaka, zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.
Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau secara internet banking, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku.
Maka, sahlah zakat tersebut. Hukum berzakat dengan cara ini adalah harus.
BACA LANJUT: Kadar Zakat Fitrah 2020 Mengikut Negeri & Link Pembayaran Online
Ini diletakkan atas sandaran bahawa Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah, seperti dalam firmannya:
“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185).
Terdapat beberapa bank yang menyediakan khidmat bayaran zakat menggunakan perbankan internet antaranya adalah menggunakan applikasi Maybank2u.
PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI PERBANKAN INTERNET MAYBANK2U
1. Layari portal Maybank2u melalui pautan di atas dan login ke akaun yang telah didaftarkan.
2. Tiba di laman utama, pilih butang di ruangan atas kanan Pay & Transfer
3. Tiba di laman seterusnya, sila taip kekunci kata zakat dan pilih jabatan zakat negeri masing-masing
4. Setelah memilih jabatan zakat mengikut negeri, pop-up seperti gambar di bawah akan dipaparkan. Pilih zakat fitrah bagi jenis zakat yang ingin dibayar;
5 Ustaz Muda Paling Berjaya Dan Kaya Di Malaysia Tahun 2020 Yang Ramai Tak Tahu –>
5. Setelah mengisi jumlah bayaran zakat yang perlu dibayar mengikut negeri masing-masing klik butang Pay dan laman seterusnya akan dipaparkan bagi mendapatkan nombor TAC untuk melengkapkan proses bayaran
Berikut adalah Jabatan/Lembaga Zakat negeri-negeri yang boleh menerima bayaran zakat fitrah secara online;
PERLUKAH MELAFAZKAN AKAD?
Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan?
Ini kerana, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.
LAFAZ NIAT & DOA ZAKAT FITRAH
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَنِّىْ وَعَنْ جَمِيْعِ مَا يَلْزَمُنِىْ نَفَقَاتُهُمْ شَرْعًا فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU AN UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘ANNII WA’AN JAMII’I MAA YALZAMUNII NAFAQOOTUHUM SYAR’AN FARDHOL LILLAAHI TA’AALAA Sahaja aku mengeluarkan zakat atas diriku dan atas keluargaku yang diwajibkan memberi nafkah pada mereka secara syari’at, fardhu karena Allah Ta’aala.
ALLAHUMMAJ ‘ALNAA MAGHNAMAN, WALAA TAJ’ALHAA MAGHRAMAN Ya Allah jadikanlah ia sebagai simpanan yang menguntungkan dan jangan jadikanlah ia pemberian yang merugikan.
ADA TEKNOLOGI, TIADA ALASAN LAGI!
Dengan adanya teknologi kini, tiada alasan lagi untuk kita lewat menunaikan zakat fitrah.
Namun, bagi mereka yang terlupa menunaikan zakat fitrah sehingga terbenamnya matahari, iaitu apabila masuk hari kedua Syawal, maka dikira berdosa dan wajib mengqadakannya.
Ini bermaksud, seseorang itu masih wajib mengeluarkan juga zakat fitrah itu walau setelah luput hari pertama Syawal dan zakatnya itu pada masa tersebut dikira qada.
Sumber: Blog MySumber, SirapLimau
Info Panduan Berkaitan Zakat Fitrah Bagi Tahun 1441H/2020M ;
KOMEN TERKINI