
INFO – KADAR ZAKAT FITRAH 2020 MENGIKUT NEGERI & LINK PEMBAYARAN ONLINE
Berikut dikongsikan kadar zakat fitrah 2020 mengikut negeri-negeri di Malaysia.
Turut dikongsikan link pembayaran online bagi memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah anda.
Untuk makluman, mengeluarkan zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib dipatuhi. Terdapat lima Rukun Islam kesemuanya iaitu:
BACA LANJUT: Cara Bayar Zakat Fitrah Online Menggunakan Maybank2u
- Mengucap Dua Kalimah Syahadah
- Mendirikan Solat
- Berpuasa di Bulan Ramadhan
- Mengeluarkan Zakat
- Menunaikan Haji
Bayaran zakat boleh dibuat secara online atau manual melalui kaunter bayaran zakat, di pejabat pos dan di kaunter bank terpilih.
Dalil kewajipan mengeluarkan zakat adalah seperti berikut:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)

“Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” – Surah Al-Baqarah (ayat 83)
Daripada ayat-ayat al-Quran di atas jelas tentang kewajipan mengeluarkan zakat. Sesiapa yang mengingkari atau meragui kefardhuan mengeluarkan zakat boleh terkeluar daripada agama Islam.
BACA ARTIKEL: 5 Ustaz Muda Paling Berjaya Dan Kaya Di Malaysia Tahun 2020 Yang Ramai Tak Tahu
JENIS-JENIS ZAKAT
Terdapat pelbagai jenis zakat dan bukan hanya zakat fitrah. Antaranya:
- Zakat Pendapatan
- Zakat Perniagaan
- Zakat Padi
- Zakat Saham
- Zakat Haiwan Ternakan
- Zakat Emas
- Zakat KWSP
- Zakat Wang Simpanan
Untuk penerangan yang lebih lengkap tentang jenis-jenis zakat, anda boleh baca di portal zakat.com.my
Dalam artikel ini kami cuma akan berkongsi secara lebih mendalam tentang zakat fitrah memandangkan zakat fitrah wajib dibayar sebelum 1 Aidilfitri.
Zakat fitrah adalah fardhu ain dan wajib ke atas semua umat Islam sama ada lelaki atau pun wanita yang berkemampuan membayar zakat.
BACA LANJUT: Apa Yang Zakat Buat?
Berikut adalah syarat-syarat wajib zakat fitrah:
- Sesiapa sahaja yang memiliki harta / makanan yang melebihi keperluan tanggungannya pada malam raya dan pagi raya
- Anak yang dilahirkan sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
- Muallaf yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya wajib mengeluarkan zakat fitrah ke atas dirinya
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
KADAR ZAKAT FITRAH 2020
Zakat fitrah dibayar melalui kaedah pemberian makanan asasi seperti beras. Kadar zakat fitrah adalah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras atau senilai dengannya.
Kadar zakat fitrah juga bergantung kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.
Terdapat lima waktu pembayaran zakat fitrah.
- Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
- Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
- Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
- Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
- Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal
Berikut adalah kadar zakat fitrah 2020 mengikut negeri-negeri seluruh Malaysia.
NEGERI | KADAR ZAKAT FITRAH (RM) |
---|---|
Perlis | 7.00 |
Kedah | 5.00, 7.00, 14.00, 21.00 |
Pulau Pinang | 7.00, 16.00 |
Perak | 7.00, 14.00, 21.00 |
Selangor | 7.00, 14.00, 21.00 |
WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan | 5.00, 7.00 |
Negeri Sembilan | 7.00 |
Melaka | 7.00, 14.00 |
Johor | 7.00, 10.00 |
Pahang | 7.00 |
Kelantan | 7.00 |
Terengganu | 7.00 |
Sabah | 6.00, 7.50 |
Sarawak | 7.00 |
LINK PEMBAYARAN ONLINE
Berikut adalah link pembayaran online zakat
- Selangor : fpx.zakatselangor.com.my
- WP : zakat2u.com.my/payment/fast
- Kedah : jom.zakatkedah.com.my
- Perlis :
- Penang :
- Kelantan : zakat.e-maik.my/v5/index.php
- Terengganu :
- Perak : ezakat.maiamp.gov.my/v4/
- Pahang :
- N9 :
- Melaka :
- Johor : fitrah.maij.gov.my
- Sarawak :
- Sabah :
LAFAZ NIAT ZAKAT FITRAH
Berikut adalah akad lafaz niat zakat fitrah di antara pembayar zakat dan penerima / amil.
Lafaz Ijab Bagi Pembayar Zakat:
“Inilah zakat fitrah sebanyak RM… yang wajib bagi diri saya pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”
Lafaz Qabul Bagi Penerima Zakat / Amil:
“Saya terima zakat RM… yang wajib bagi diri tuan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”
Bayaran zakat fitrah hendaklah dibuat kepada amil bertauliah yang memiliki kad kuasa amil dari Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.
Dan pastikan anda terima resit selepas selesai urusan pembayaran zakat fitrah.
Anda juga digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal bulan Ramadhan supaya agihan zakat fitrah kepada fakir miskin dapat disempurnakan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut tentang proses pembayaran zakat fitrah, sila berhubung terus ke Pejabat Agama berhampiran. Atau layari portal JAKIM untuk dapatkan maklumat emel dan nombor telefon pejabat agama masing-masing.
Sumber: Blog Semakan Online
Info Panduan Berkaitan Zakat Fitrah Bagi Tahun 1441H/2020M ;
KOMEN TERKINI