
TERKINI – MACAU SCAM: PENSYARAH DAKWA KERUGIAN LEBIH RM100,000
KUANTAN, 26 April — Seorang pensyarah di sini, membuat laporan polis mendakwa kerugian RM116,349 selepas terpedaya dengan helah sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dan kakitangan syarikat telekomunikasi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 57 tahun mendakwa dihubungi suspek lelaki pada Selasa lepas, kononnya daripada syarikat telekomunikasi yang mahu menyemak talian kerana dimaklumkan telah disalah guna untuk judi dalam talian.
“Mangsa mendakwa memberikan kerjasama kepada permohonan itu dan suspek pertama juga telah menyambungkan talian kepada suspek kedua yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban, Negeri Sembilan.
Baca Lanjut →





KOMEN TERKINI